Sunday 1 December 2019

Troubleshooting : Missing Attributes dalam Excel

Berjumpa lagi. Dalam post saya satu ketika dulu, saya ada tunjukkan macamana nak view data dari Excel masuk ke dalam ArcGIS. Anda boleh rujuk topik tu di link sini. Tapi pernah tak anda jumpa problem ni… dalam column Excel, ada senarai data.. tapi bila tarik fail Excel tu masuk dalam ArcGIS, column tu kosong, semua data jadi <Null>. Cuba lihat macam contoh fail Excel di bawah ni. Dalam column NAMA, ada atribut senarai nama tempat.

Dalam Excel, atribut wujud dalam column NAMA

Bila fail Excel ni saya view dalam ArcMap, ehh jadi kosong la pulak column NAMA tu. Semua jadi <Null>.

Ehhh... atribut hilang lepas masuk dalam ArcMap... konpius...
Macamana boleh jadi kosong? Haa selalunya problem ni jadi macam ni sebab nama column tu ada blank space di end character. Maksudnya dalam contoh ni, column NAMA tu ada blank space selepas end character “A”. Kalau tak caya, anda boleh check buka semula fail tu dalam Excel, dan klik pada end character nama column tu. Dalam contoh ni, saya click selepas character “A” pada colum “NAMA”.

Ada wujud blank space pada end nama column

So macamana nak solve problem ni?? Mudah je.. anda hanya perlu tekan backspace pada keyboard utk buang blank space tu. Kemudian save semula fail Excel tu.

Tekan je backspace untuk buang blank space

Next masukkan semula fail Excel tu dalam ArcGIS dan tadaaaaa…. problem selesai… mudah je kan..

Hoorayy... problem selesai..

No comments:

Post a Comment