Thursday, 31 May 2012

Tips : Hillshading - Memberi Effect 3D Pada Peta

Cuba kita perhatikan kedua-dua peta gunatanah di bawah. Rasa-rasanya peta manakah yang lebih menarik? Peta A ke Peta B?


Sudah tentu peta B lebih menarik kan? Sebab nampak macam 3D pulak, nampak kawasan berbukit-bukit. Peta A tu nampak flat je...  Bila ada effect 3D tu secara tidak langsung kita boleh nampak gunatanah mana yang terletak di kawasan berbukit dan gunatanah mana pula yang terletak di kawasan rata. Di dalam GIS, teknik membina data ini dinamakan hillshading atau shaded relief.

Macamana nak buat hillshading tu? Kalau dalam ArcGIS ada dua cara nak buat ni.
  1. Gunakan function HILLSHADE di dalam extension 3D atau Spatial Analyst
  2. Jika anda guna ArcGIS versi 10, anda boleh jana data ni free sahaja menggunakan Image Analysis Window.
Faktor utama dalam membina data hillshade adalah kedudukan matahari di sesuatu kawasan yang ditentukan oleh faktor azimuth (sudut arah pancaran matahari) dan juga altitude (sudut ketinggian matahari di atas horizon). Untuk memudahkan pemahaman anda, rujuk rajah di bawah.

Default azimuth adalah 315 darjah
Default altitude adalah 45 darjah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan data surface DEM dahulu.  Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk membina data DEM ini, anda boleh jana melalui data TIN, interpolation, menggunakan data LIDAR dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk salah satu kaedah penyediaan data surface DEM ini di dalam post saya terdahulu di sini. Kemudian anda bolehlah menggunakan data DEM ini sebagai input untuk menjana data hillshade. Rajah di bawah menunjukkan contoh tetingkap untuk menyediakan data hillshade di dalam 3D dan Spatial Analyst. Tetingkap ini anda boleh capai melalui ArcToolbox.


Jika anda tiada extension 3D atau Spatial Analyst, macamana nak buat tu. Tiada masalah, syaratnya gunakan ArcGIS versi 10. Dalam versi 10 terdapat  Image Analysis Window yang boleh anda gunakan untuk membina data shaded relief. Klik sahaja pada menu Windows > Image Analysis. Kemudian klik butang shaded relief untuk menjana data hillshade. Mudah sahaja.


Bila dah ready data hillshade tu, susunkan agar ia dipaparkan di atas data anda (dalam kes saya, paparkan di atas data gunatanah). Oopps, nampak macam data hillshade saya tu dah tutup pula data gunatanah. Macamana nak buat tu??

Trick dia macam ni, saya jadikan pula data hillshade di atas tu sebagai transparent supaya data gunatanah saya yang di bawah tu boleh kelihatan. Caranya, buka Layer Properties untuk layer hillshade, klik tab Display dan taipkan peratus transparent yang dikehendaki.

Dalam contoh ini, saya menggunakan tahap transparent 60%.
Hasilnya adalah kombinasi data hillshade data gunatanah seperti peta di bawah. Menarik kan?

Hasil kombinasi data hillshade dan polygon gunatanah.
Selamat mencuba ...



11 comments:

  1. bos sy try buat dr TIN hillshade tu xleh la bos... not valid data...why eh?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik tu.. boleh tau guna arcgis version brape? pastikan juga environment setting betul utk extent data. Data TIN tu boleh view dalam arcmap?

      Delete
  2. tu la bos....pelik jgk...arcgis 10... TIN boleh view bos..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. 9.3 boleh tapi kena guna extension 3d or spatial analyst utk create hillshade tu

      Delete
  4. TIN tu data mmg dh ready ke or create dlm arcgis10 dlm pc yg sama?

    ReplyDelete
  5. 9.3 xde la plak bos...hehe TIN tu create dari contour... dlam pc yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba convert TIN to raster pastu generate hillshade dari raster tu bule x

      Delete
  6. ada idea tak nak tentukan parameter sela untuk hasilkan hillshade yang cantik. saya dah buat tapi kurang menarik. resolusi dia tak bagus ke or..any idea?ty for your helping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sela dan resolusi bergantung kepada berapa luas kawasan yg awk nk hillshade. Kalau skop kwsn tu kecil, perlukan resolusi yg kecil utk nampak cantik. Kalau hillshade satu negeri selangor sbgai contoh, resolusi srtm 90m pun dah memadai.. tapi kalau zoom detail sudah tentu akan nmpak tak cantik

      Delete
  7. oh..ty master...!!!

    ReplyDelete