Thursday, 16 March 2017

Sumber Data DEM Percuma - SRTM

Di sini saya ingin kongsikan satu website yang anda boleh download data Digital Elevation Model (DEM) secara percuma. Kalau anda google free data DEM ni, ada beberapa website yang pakcik google listkan. Sebenarnya data-data DEM ni ada macam-macam format, contohnya IFSAR, LIDAR dan macam-macam lagi lah. Data LIDAR contohnya, resolutionnya memang tinggi, tapi kebiasaannya memang susah le nak dapat yang free kat area Malaysia ni. Ada satu format data DEM yang dipanggil SRTM yang anda boleh download secara percuma. SRTM ni singkatan dari Shuttle Radar Topography Mission, tapi resolutionnya 1 arc second, lebih kurang 30m. Kalau anda rasakan 30m ni sesuai untuk analisis anda, bolehlah cuba download.

Nak download, taip saja URL https://earthexplorer.usgs.gov  kat browser anda. Anda akan terus dapat page seperti di bawah ni.



Default page dia akan tunjuk peta area US. Sabar dulu, sebelum download, navigate dulu peta tu ke area Malaysia. Kemudian buat step berikut ni :-






Penerangan gambar-gambar di atas :-
  1. Klik tab Search Criteria
  2. Klik Use Map untuk set koordinat download pada area yang anda zoom.
  3. Anda akan dapati empat penjuru koordinat area yang anda zoom disenaraikan.
  4. Kalau anda nak ubahsuai bentuk penjuru tu, anda boleh klik pada penjuru dan drag pada posisi yang anda nak. Macam dalam contoh gambar tu, saya posisikan untuk cover state Perak.
  5. Kemudian klik tab Data Sets.
  6. Pada senarai data set, klik SRTM dan pilih SRTM 1-Arc Second Global
  7. Klik tab Results.
  8. Anda akan dapati senarai data SRTM mengikut area yang anda define untuk download tadi akan dipaparkan.

Seterusnya, untuk download, klik saja butang Download Options seperti ditunjukkan gambar di bawah ni. Anda akan diberikan beberapa option format raster. Dalam contoh ni, saya pilih format BIL 1 Arc-Second. Lagipun ArcGIS tiada masalah nak baca format BIL.



Data yang anda download tu dalam sistem koordinat WGS84. Kalau anda nak overlay pada data yang dalam sistem koordinat projected pun takde masalah, sebab ArcGIS kan support on-the-fly projection. Macam dalam contoh gambar di bawah ni, saya overlay data SRTM tu dengan boundary daerah koordinat RSO. 



So bila dah ada data DEM ni, boleh la anda buat macam-macam analisis, contohnya nak generate slope ke, nak view sebagai 3D ke dan macam-macam lagi lah. Contoh peta di bawah ni, dari data DEM tu saya generate layer hillshade dan juga slope.

Analisis Hillshade

Analisis Slope


7 comments:

  1. salam...nak tanya mcm mana nk tukar projection untuk data dem??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... boleh guna 2 cara :-
      1) toolbox raster project dalam data management tools.
      2) export layer raster dalam table of content arcmap menggunakan option coordinate system pada Data Frame ArcMap

      Delete
    2. salam Encik nak tanya... kalau projection untuk dem dan boundary daerah dh sama.. knp dia still tak overlay yee encik. saya dah add data boudary tu kat table of content then juga add data dem kt table of content. bila dua2 dah add patutnya dah overlay kan encik sbb projection dah sama.. ke macam mana yee encik?

      Delete
    3. wsalam... klu x overlay maknanya projection x sama tu. Mmg dua2 data tu dah sedia ada define projection kt spatial reference dia ke? Takut owner data trsilap define projection

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau google boleh jumpa kot.. saya pun x sure kt mana site yg ada srtm 90m. Kalau awk ada media installer ArcGIS, dalam tu dah included DVD world data srtm 90m kalau x silap. Apa maksud awk compare flow accumulation dengan GPS data? Compare dari segi apa? Kurang jelas..

      Delete