Tuesday, 22 May 2012

Kartografi : teknik memapar label teks

Di dalam merekabentuk peta, kadangkala kita menghadapi kesukaran untuk memilih simbol-simbol, warna-warna dan teks yang sesuai. Pemilihan warna-warna perlulah tidak terlalu pucat, terlalu garang dan teks-teks yang dipaparkan perlulah mengikut saiz yang sesuai agar peta yg dihasilkan lebih menarik dan mudah difahami. Disini saya ingin memberi beberapa contoh masalah yang dihadapi di dalam memilih warna yang sesuai untuk memapar label teks dan kaedah penyelesaian.

Perhatikan label teks pada rajah di bawah:


Label Kg. Seberang Pancur dipapar di atas dua simbol warna. Perkataan Kg Seberang dilihat jelas di atas lot warna cerah tetapi perkataan Pancur agak kurang jelas di atas lot warna gelap. 

Perhatikan pula contoh di bawah ini :


Label teks ditukar pula kepada simbol warna kuning. Kali ini perkataan Pancur jelas dipaparkan tetapi perkataan Kg Seberang pula agak kurang jelas. Untuk menyelesaikan kedua-dua masalah di atas, kaedah di bawah digunakan.


Di dalam kaedah ini, kaedah masking teks digunakan dimana pemilihan kontra warna digunakan sebagai warna outline pada teks label yang digunakan. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih warna gelap sebagai warna label teks, warna kontra, contohnya putih digunakan sebagai warna outline. Dengan kaedah ini, teks anda akan kelihatan dengan jelas samada dipaparkan di atas lot warna gelap ataupun cerah.

Di dalam perisian ArcMap, masking teks boleh dibina melalui layer properties.


Kemudian, klik pada butang Symbol > Edit Symbol > Mask. Pilih Style Halo dan letakkan saiz outline yang anda kehendaki. Untuk memilih warna outline, klik pada butang Symbol.


Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin menghasilkan peta untuk tujuan cetakan. Akan tetapi sekiranya tujuan anda hanyalah untuk proses penyuntingan data, elakkan menggunakan kaedah ini sekiranya data anda terlalu besar (contohnya memapar nombor lot keseluruhan negeri) kerana kaedah masking akan memberi kesan kepada kelajuan paparan data anda.


No comments:

Post a comment