Wednesday 23 May 2012

Membina data permukaan 3D (3D surface)

Data GIS 3D secara ringkasnya boleh dibahagi kepada dua iaitu 3D feature  dan 3D surface. Contoh-contoh data 3D feature adalah seperti kedalaman perigi dan ketinggian bangunan manakala data 3D surface mewakili ketinggian mukabumi samada di atas atau di bawah paras laut. Kedua-dua jenis data ini mengandungi dimensi nilai z sebagai tambahan kepada nilai koordinat x dan y. 

Data model 3D surface atau disebut juga sebagai data Digital Elevation Model (DEM) boleh dimodelkan kepada dua struktur format iaitu :-
  • Struktur raster
  • Struktur Triangulated Irregular Network (TIN)

Di sini saya akan menunjukkan konsep bagaimana untuk menjana data DEM TIN di dalam ArcGIS. Sumber data yang saya gunakan adalah data kontur JUPEM sela 20m, sungai dan juga polygon mewakili lokasi projek. 

Extension 3D Analyst perlu diaktifkan terlebih dahulu di dalam ArcMap sebelum data TIN ini boleh dibina. Kemudian, daripada senarai toolbox, klik pada tools 3D Analyst Tools > TIN Management > Create TIN

Tetingkap Create TIN akan dipaparkan seperti di bawah. Namakan data TIN yang anda akan bina di ruangan Output TIN. Pilih sumber data yang anda akan gunakan diruangan Input Feature Class. Perhatikan ruangan height_field. Ruangan ini membolehkan anda memilih field yang menyimpan nilai Z untuk sumber data yang anda gunakan. Sebagai contoh untuk layer KonturClip, nama field CLV digunakan kerana field ini menyimpan nilai ketinggian kontur (Z value) di dalam unit meter. Untuk data yang mengandungi nilai Z ini, ruangan SF_type (surface feature type) perlulah diletakkan sebagai masspoints (rujuk rajah di bawah). Untuk sumber data yang tidak mengandungi nilai Z, letakkan sahaja ruangan height field sebagai <none>.


Rajah di bawah menunjukkan hasil output data TIN yang dibina dari sumber-sumber data tersebut.


Bagaimana pula untuk memaparkan data ini di dalam perspektif 3D? Mudah sahaja, masukkan sahaja data tersebut ke dalam aplikasi ArcScene. Melalui aplikasi ini, anda boleh memapar data tersebut melalui pelbagai perspektif sudut dan ketinggian. Rajah di bawah menunjukkan data yang sama yang dipapar di dalam ArcScene.



Untuk penerangan lebih terperinci kaedah membina data TIN ni, dapatkan buku SukaGIS : Seronoknya Belajar ArcGIS (Jilid 2). Info lanjut anda boleh klik di sini.


9 comments:

  1. bos boleh knp xgna hardline untuk kontur?ape beza masspoint and hardline?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe soalan feveret yg org slalu tanya. Pada kebiasaannya breakline digunakan utk mengawal sifat smoothness sesuatu surface. Ada 2 jenis breakline, hard & soft. Keyword "hard" tu menunjukkan feature yg digunakan akan mempengaruhi perubahan ketara pada smoothness surface, cthnya kalau kita letak river sbg hardline, nnt efek surface tu akan nmpak lebih ketara seolah2 ada alur sungai, begitu juga utk garis fault, tebing empangan etc. Utk kontur kita guna masspoint sbb setiap vertex pada kontur akan diintepret sbgai point z di dalam surface.

      Delete
  2. bagaimana ingin mendapatkan extension untuk aktifkan tool arcgis

    ReplyDelete
    Replies
    1. extension tu terdapat dlm dvd installer. Utk install, run je setup dan pilih option custom.

      Delete
  3. salam.....
    sy ingin mengetahui tentang DEM. bolehkah en terangkan serba sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trdapat byk takrifan ttg DEM ni..tapi kebiasaannya DEM ni digunakan sebagai generic term utk mewakili DSM (Digital surface model) dan DTM (Digital terrain model). DSM mewakili permukaan sesuatu kwsn termasuk objek2 di atasnya spt kanopi pokok, bangunan dll manakala DTM hanya mewakili ground surface. Utk penerangan lebih detail, boleh juga rujuk di sini :-
      http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_terrain_model

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete