Sunday, 24 June 2012

Meletupkan Feature .. Multipart -> Singlepart Feature


Ha? Biar betul?? SukaGIS nak ajar buat bom pulak ke? hehe..  Saja je saya letak tajuk gempak sikit tu, sebenarnya saya nak kongsi satu tool di dalam ArcMap dipanggil Explode. Apa fungsi tool Explode ni ye? OK.. kita ulangkaji sikit berkenaan komponen data geografi.

Kita semua maklum data geografi terbahagi kepada komponen spatial dan juga atribut. Setiap feature geografi ada set atribut masing-masing yang disimpan di dalam table. Contohnya feature sungai ada atribut nama sungai, feature mukim ada atribut nama mukim dan lain-lain. Secara asasnya, setiap feature akan ada 1 rekod di dalam table yg menyimpan set atribut untuk feature tersebut. So kalau kita ada 3 feature polygon, dalam table pun akan ada 3 rekod yang menyimpan set atribut untuk 3 polygon tersebut.

Lihat contoh di bawah ni. Dalam gambar tu saya buat selection 3 polygon pulau langkawi, so bila saya buka table untuk layer pulau tu, saya akan nampak hasilnya '3 record selected' yang mewakili ketiga-tiga pulau yang dipilih.

3 rekod mewakili 3 polygon


Feature seperti ini dipanggil singlepart feature kerana 1 feature mewakili 1 rekod  di dalam table. Kadangkala terdapat juga kes data-data kita bukan di dalam bentuk singlepart, contoh bila kita select 1 polygon, tetiba polygon-polygon lain akan turut di select, lepas tu bila kita buka table dia pula, hanya '1 record selected' walhal di peta lebih dari 1 polygon dipilih. Contoh macam gambar kat bawah ni :

1 rekod mewakili banyak polygon


Dalam contoh tu, dengan menggunakan tool Select Feature, saya klik kat polygon Kedah,  tapi kenapa polygon Pulau Langkawi pun turut di select yer? Lepas tu bila saya buka pula table, hanya '1 record selected' padahal ada banyak selected polygon yang di highlight kat situ. Feature seperti ini dipanggil multipart feature kerana 1 rekod dirujuk oleh lebih dari 1 feature. Untuk memudahkan pemahaman konsep multipart dan singlepart feature tu, rujuk gambar bawah ni. Konsep dia lebih kurang sama macam kita buat Group/Ungroup bila lukis grafik dalam powerpoint.

perbezaan multipart dan singlepart feature


OK... rujuk balik gambar polygon Kedah dan Langkawi tadi. Nampak tak kat table tu ada field Shape_Length dan Shape_Area. Ini adalah kerana data tersebut disimpan dalam format geodatabase feature yang menyokong struktur data topology. Ini bermaksud untuk setiap polygon tu kita boleh tahu perimeter dan keluasan secara automatik di dalam map unit. Oleh kerana feature tu bersifat multipart feature, keluasan yang dipaparkan tu mewakili jumlah keluasan untuk polygon Kedah dan juga Pulau Langkawi (1 rekod dirujuk oleh lebih dari 1 feature).

Jadi di sini timbul persoalan, macamana kalau kita nak dapatkan keluasan untuk Kedah dan Langkawi tu secara berasingan? Kalau melalui data multipart feature macamtu memang tak boleh sebab dia dah groupkan keluasan Kedah dan Langkawi tu dalam 1 rekod. Maknanya kita kena jadikan data multipart tu menjadi singlepart feature. Macamana nak buat tu? Mudah saja, gunakan tool Explode. Tool ni terletak dalam toolbar Advanced Editing. Rujuk gambar kat bawah ni untuk steps macamana nak panggil toolbar tu. Anak panah tu menunjukkan tool Explode.

Kedudukan tool explode


Sebelum guna Explode tu, kena buat proses Start Editing dulu. Kemudian gunakan tool Select Feature atau tool Edit untuk select polygon multipart yang nak kita jadikan singlepart tu. Bila dah ada selected polygon tu, terus klik saja pada tool Explode. Debooomm.. feature multipart dah meletup jadi singlepart.. hehe. Hasilnya seperti gambar kat bawah ni.

Selepas explode, bilangan rekod akan sama
dengan bilagan polygon (1 rekod - 1 polygon)

 Daripada hasil explode tu, perhatikan asalnya 1 multipart feature telah dipecahkan kepada 126 singlepart feature. Kenapa banyak sangat tu? Ini kerana terdapat banyak pulau-pulau kecil di sekeliling Pulau Langkawi tu, so maknanya untuk setiap pulau-pulau kecil tu, kita boleh tahu keluasan dia dengan merujuk field Shape_Area di dalam table.

Keluasan setiap polygon boleh dirujuk dalam
field Shape_Area


Ringkasannya, ada kelebihan dan kekurangan data singlepart feature ni.
Kelebihan:
  1. Untuk data geodatabase polygon featureclass, kita boleh tahu keluasan dan perimeter untuk setiap unit polygon.
  2. Fungsi editing boleh dilakukan secara berasingan untuk setiap polygon.
Kekurangan:
  1. Rekod dalam table jadi bertambah sebab 1 feature (group) dipecahkan kepada banyak feature (ungroup).
  2. Kalau buat text labeling, akan ada banyak duplicate label (kecuali kalau kita guna setting remove duplicate label)


OK..semoga tips ni memberi manfaat kepada anda semua.. Berjumpa lagi di topik yang lain.

No comments:

Post a comment