Saturday, 2 June 2012

Evolusi Data Spatial : Pengenalan Geodatabase

Mungkin kebanyakan daripada anda biasa menggunakan data-data spatial format shapefile, mapinfo tab, DXF atau mungkin juga anda pernah menggunakan format geodatabase. Apakah geodatabase? Geodatabase merupakan data native format ArcGIS dan merupakan satu mekanisma storan untuk penyimpanan data spatial dan juga atribut. Tentu anda terfikir tak bolehkah saya gunakan data shapefile sahaja, perlukah saya upgrade ke geodatabase? Perlu atau tidak tu sebenarnya bergantung kepada keperluan anda, contohnya anda boleh tanya soalan-soalan berikut :-
  1. Adakah saya ingin memodel hubungkait (relationship) antara feature atau antara atribut?
  2. Adakah saya ingin mendapatkan keluasan data polygon saya secara automatik?
  3. Adakah saya ingin menyemak ralat topology pada data saya? Contohnya mungkin saya ingin menyemak adakah terdapat polygon bertindih, polygon gap, line gap dan lain-lain.
  4. Adakah saya inginkan data-data saya di edit secara serentak oleh pengguna lain? (multiuser editing)
  5. Adakah saya ingin meletakkan kesemua data-data saya secara berpusat (centralize) dan boleh dicapai oleh semua pengguna di pejabat?
  6. Adakah saya ingin mengimplemen ciri-ciri keselamatan pada data-data saya? Contohnya dari segi capaian login ke data, tahap capaian berbeza antara pengguna.
  7. Adakah saiz data saya terlalu besar sehingga lambat untuk dicapai oleh pengguna?
Sekiranya antara keperluan anda adalah seperti di atas, mungkin anda perlu fikirkan tentang upgrade data-data anda ke geodatabase. 
Elemen geodatabase bukan sekadar spatial dan atribut, tetapi berupaya menyimpan ciri topology relationship, raster dan lain-lain.
Data-data seperti format shapefile, dxf, dwg, fail mapinfo tab adalah dipanggil data fail GIS, ini adalah kerana data-data ini menggunakan konsep fail dan disimpan di dalam folder-folder di dalam komputer kita. Berbanding geodatabase, ia merupakan Object Relational Data Model dan menggunakan konsep pangkalan data di mana ia menyokong saiz data yang besar, mempunyai ciri-ciri keselamatan, bersifat multi-user dan amat bersesuaian digunakan di dalam persekitaran GIS Enterprise. Evolusi format-format spatial data boleh dilihat pada rajah di bawah.

Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah menggunakan format Coverage. Masa dulu-dulu itulah format data yang digunakan kalau anda menggunakan perisian ArcInfo, kalau tak silap saya masa tu ArcInfo version 6, belum ada ArcGIS lagi. Platform yang digunakan pula zaman tu adalah platform UNIX. Saya ingat lagi dulu-dulu bila saya conduct kursus ArcInfo, mesti perlu dipakejkan dengan kursus UNIX supaya pengguna tahu cara-cara mengendalikan fail-fail di dalam komputer UNIX mereka. ArcInfo pula zaman tu bukan macam sekarang, semua perlu hafal command-command, bukan ada Windows GUI macam ArcMap sekarang.. pergghh berasap kepala hafal command.

Kemudian bila keluar software ArcView 2.1, format shapefile diperkenalkan. So sebenarnya data-data shapefile yang anda gunakan tu dibangunkan spesifik untuk penggunaan ArcView pada masa dahulu. Selain dari tu, timbul keperluan untuk membangunkan data 3D dan analisis-analisis raster. Sebab itulah data TIN dan Grid diperkenalkan. Data ArcStorm pula membolehkan data-data coverage disimpan di dalam RDBMS Oracle dan beberapa RDBMS lain. Setelah itu timbul pula format SDE yang membolehkan data-data coverage, shapefile dan raster disimpan sebagai SDE layer di dalam RDBMS. Kemudian perisian-perisian ESRI di re-engineered untuk menghasilkan satu produk yang fully intergrated di dalam family ArcGIS merangkumi produk-produk client dan server. Kesemua versi produk-produk ini diseragamkan bermula pada ArcGIS versi 8.x. Pada masa inilah muncul format data Geodatabase.


Geodatabase boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Personal Geodatabase, File Geodatabase dan juga ArcSDE Geodatabase.
Tiga kategori geodatabase
Personal geodatabase menggunakan format storan MS Access, bermaksud data-data akan disimpan di dalam fail MDB. Had saiz untuk personal geodatabase ini hanya 2Gbyte sahaja. File geodatabase pula menggunakan format struktur fail binary yang disimpan di dalam folder. Kelebihan file geodatabase adalah had saiznya yang besar iaitu 1Terabyte per dataset. Terdapat sedikit perbezaan pada ArcSDE geodatabase atau dipanggil juga sebagai Enterprise geodatabase. Untuk ArcSDE geodatabase, anda perlu memilih RDBMS apa yang ingin anda gunakan untuk penyimpanan data-data anda. Antara RDBMS yang boleh digunakan adalah seperti Oracle, SQL Server, DB2, Informix dan juga PostgreSQL. 

Tiga jenis geodatabase dan ciri-ciri perbezaan
Untuk membina Personal atau File geodatabase, mudah sahaja. Anda hanya perlu klik pada folder yang dikehendaki di dalam ArcCatalog atau ArcMap Catalog Window dan pilih New > Personal Geodatabase atau New > File Geodatabase seperti di bawah.



Bagaimana pula ArcSDE Geodatabase. Anda perlu setup dulu RDBMS anda, kemudian install ArcSDE sebelum anda boleh setup connection kepada pangkalan data anda. Contohnya sekiranya anda membuat keputusan untuk menggunakan MS SQL Server sebagai RDBMS anda, setup dahulu MS SQL Server, kemudian install ArcSDE untuk communicate dengan SQL Server tersebut. Selepas itu, barulah anda boleh setup capaian kepada pangkalan data melalui ArcCatalog atau ArcMap Catalog Window. Caranya, klik pada Database Connections > Add Spatial Database Connection seperti di bawah.


Kemudian pada tetingkap Spatial Database Connection, anda perlu memasukkan maklumat berikut :-
  • Nama server RDBMS anda atau IP Address
  • Nombor port TCP service untuk ArcSDE
  • Nama pangkalan data anda
  • Nama login kepada pangkalan data
  • Katalaluan


1 comment: