Tuesday, 26 June 2012

Trace Tool dan Topological Editing


Topik kali ini masih lagi menyentuh tentang ArcMap Editing dan ada kena mengena sikit dengan topological relationship iaitu penggunaan tool Trace. Kadangkala bila kita buat proses editing, ada beberapa kes di mana kita nak betulkan data kita supaya feature di dalam layer tu follow betul-betul shape feature di dalam layer yang lain. Faham tak maksud saya? Contohnya kita nak betulkan boundary mukim agar ikut shape sungai sebab kadangkala sempadan mukim tu berpandukan kepada sungai, macam gambar kat bawah ni :



Cuba lihat dalam lakaran yang dibulatkan tu. Sekarang ni saya nak adjust sempadan mukim tu supaya mengikut shape sungai. Kalau kita familiar dengan editing di dalam ArcMap, kebiasaannya untuk ubah shape line atau polygon, selalunya kita akan guna task samada Reshape Feature atau Reshape Edge. Perbezaan antara kedua-duanya ialah :-
  1. Reshape feature - tidak ambil kira topological relationship pada feature
  2. Reshape Edge - akan mengekalkan topological relationship antara feature

Perbezaan 1:non-topological editing (Reshape Feature) dan 
2:topological editing (Reshape Edge)  


Dalam kes data mukim tadi, disebabkan sempadan yang nak saya ubah tu dikongsi oleh mukim Semenyih dan Beranang,  maka saya perlu gunakan kaedah Reshape Edge untuk mengekalkan relationship coincident pada sempadan kedua-dua mukim tu. Kaedah editing beginilah yang dinamakan topological editing.  Di dalam ArcGIS10, Reshape Edge ni terletak di dalam Topology toolbar, berbeza sikit dengan ArcGIS9.x dimana Reshape Edge dikira sebagai satu Task Editing di dalam Editor toobar.

Perbezaan penggunaan Reshape Edge antara ArcGIS9 dan ArcGIS10


Begitu juga untuk tool Trace, terdapat sedikit perbezaan kedudukan tool ini di dalam ArcGIS10 dan ArcGIS9 seperti gambar di bawah :

Perbezaan kedudukan trace tool ArcGIS9 dan ArcGIS10


OK, sekarang mulakan proses editing. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah setkan layer yang nak anda edit tu dalam Map Topology, dalam kes ni layer mukim ler. Map Topology ni terletak dalam Topology toolbar.

Klik Map Topology dan setkan layer yang nak anda edit


Kemudian dengan menggunakan Select Feature tool atau Edit tool, select feature yang hendak anda jadikan sebagai panduan asas untuk proses reshape, dalam kes ni feature sungai, sebab anda nak trace sempadan mukim tu follow ikut shape sungai kan? Hasil selection feature sungai macam contoh kat bawah ni :

Select sungai sebagai panduan trace


Next, gunakan Topology Edit tool untuk select pula sempadan mukim yang hendak anda pinda. Anda kena klik betul-betul di atas sempadan mukim tu atau drag box untuk buat selection. Hasilnya anda akan nampak line sempadan di highlight warna magenta macam kat bawah ni :

Select sempadan mukim menggunakan Topology Edit tool


Kemudian klik tool Reshape Edge sekiranya anda menggunakan ArcGIS10 atau setkan task Editor sebagai  Reshape Edge sekiranya anda menggunakan ArcGIS9. Next klik tool trace dan mulakan proses tracing. Sebagai panduan, rujuk gambar di bawah. Dalam contoh tu, saya akan mulakan proses trace bermula dari kedudukan (1) dan berhenti pada kedudukan (2).



Bila saya klik saja di kedudukan (1) dan gerakkan mouse saya (tanpa klik) di atas sepanjang garisan sungai ke arah (2), saya akan lihat garisan trace dibina disepanjang shape feature sungai  tu. Apabila kedudukan cursor mouse saya tiba di kedudukan (2), saya pun double click mouse dan tadaaaaa... hasilnya seperti di bawah ni :

Hasil editing menggunakan Trace tool


Nampak tak sekarang ni kedudukan sempadan tu dah betul-betul mengikut shape feature sungai yang saya select tadi. So dengan menggunakan kaedah trace ni, kita boleh jamin feature sempadan polygon mukim tu betul-betul akan mengikut shape feature sungai. Cuba bayangkan kalau kita digitize macam biasa tanpa guna trace tool. Bila zoom nanti sure kita nampak sempadan mukim tu jadi macam kat bawah ni kan? Buruk bebenor rupanya bila zoom.. :D

Hasil editing tanpa guna Trace tool... errkkkk...

Jadi secara ringkasnya, nak buat topological editing menggunakan trace tool ni ialah :-

  1. Setkan dulu layer yang nak edit dalam Map Topology
  2. Select feature yang nak dijadikan panduan trace menggunakan Select Feature tool atau Edit tool
  3. Select feature yang nak dipinda menggunakan Topology Edit tool
  4. Klik tool Trace dan trace disepanjang feature


OK...renung-renungkan dan selamat beramal.... :):)

13 comments:

  1. Salam,
    sy baru membaca2 blog saudara, menarik, terima kasih untuk perkongsian maklumat ynag amat berguna.
    Boleh saya tahu bayaran untuk kursus belajar asas GIS/arcgis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      terima kasih atas komen saudara. Ilmu kalau simpan sorang2 pun tak berkembang, sharing is caring..hehehe

      Boleh saya dapatkan email saudara? nanti saya akan inbox harga dan topik2 yg saya cover dlm kursus.

      Delete
  2. salam, sifu..

    saya ni baru belajar & mencintai GIS.. mostly byk yg kena belajar. sebelum ni, saya diminta untuk update data sungai di daerah saya. HQ beri saya layer JUPEM pd thn 90an. so, byk yg berubah. then saya trace dr google earth dan transform ke GIS10. Masalahnya, saya trace dr google tebing kiri & tebing kanan. bila da siap import, jd 2 layer. mcmane nk jadikan 1 layer & 1 attributes..? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... ada byk cara nak buat tu. Cara mudah gunakan command Merge dalam arctoolbox.Command ni terletak dalam arctoolbox > Data Management tools > General. Boleh juga guna command Append tapi syaratnya output layer kena create dulu kalau nk guna append. Satu lg nak elakkan kekeliruan, samakan skema field table utk kedua2 layer dulu sebelum gabung.

      Delete
    2. Slm, sifu :D.. ok, da brjaya guna kaedah Merge. tp, bila open attributes, ade 2 Objects (kiri & kanan). mcmana nk jadikan 1 object untuk dapatkn lebar sungai. maaf byk brtanya, cz saya baru belajar. Bengkel da attend, tp, x cukup masa utk cover semua..

      Delete
    3. salam.. maaf soalan x brape clear. maksudnya 2 line kiri kanan tu nak digroupkan jadi 1 line ke? atau line tu nak dijadikan polygon?

      Delete
  3. Saudara tumpang tanya disini plak..hee :)
    klu nk buat topology kne create shapepefile or pe2 ke? sbb sy ad bce lectr note dri lectrer sy, 'go to ArcCatalog and right click to the personal geodatabase. Create Topology'. and can start editing all the layer..maksudnye pe??kne create pe2 ke??
    sy try buat step tu..tp right click x jmpe plak topology..so sy buat tros ikut cara saudara yg ni..boleh ke mcm ni??
    pastu dah abis buat topo stop editing.mksudnye dah tersave ke ap yg kite edit td?? ke ad crenye??

    maaf banyak tanya lak..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi...pening saya baca tulisan shoftform ala2 sms.. utk create geodatabase topology mesti dalam geodb dan dalam geodb kena create new > feature dataset dulu, kemudian dalam feature dataset baru boleh create topology. Cth yg saya tnjuk kat atas adalah map topology, boleh di apply sekiranya tiada geodb..cth utk data shapefile. Cuma kelebihan geodb topology boleh buat auto validate, betulkan data secara otomatik sekiranya error within tolerance yang kita specify. Rujuk topik Geodatabase Topology Rules utk pemahaman lanjut.

      Delete
    2. Bila stop editing arcmap akan tanya do you want to save sekiranya kita tak save. So klik je save..huhu

      Delete
  4. hehehe...maaf..excited nak tanya sampai tak perasaan pula bnyak shotform...hee

    owh okey...sy rasa sy tak buat feature dataset dekat geodb..so kalau baru nak create feature dataset utk topology boleh la kan?
    ok tq..nanti sy rujuk..

    ReplyDelete
  5. saya baru mula nk belajar...maa ye klu soalan sy bodoh skit..mcm mn nk reshape bentuk polygon tu jd kecik ...huhuhdan sy da cuba utk edit polylines tp x boleh

    ReplyDelete
  6. saya baru mula nk belajar...maa ye klu soalan sy bodoh skit..mcm mn nk reshape bentuk polygon tu jd kecik ...huhuhdan sy da cuba utk edit polylines tp x boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, kalau reshape polygon, guna je tool reshape kat editor toolbar tu, lepas tu mulakan sketching. Ada byk cara sebenarnya. Boleh juga kita guna Cut Polygon tool, kemudian potong polygon tu dan delete balance polygon mana2 yang tak perlu.

      Delete