Sunday 28 October 2012

ArcGIS Online.. Jom buat free GIS Web Map


Kali ini saya ingin berkongsi satu topik yang menarik. Katakan anda ingin berkongsi data-data GIS anda dengan pengguna lain melalui internet, atau mungkin anda bercadang untuk membina satu laman web aplikasi GIS yang ringkas yang boleh dicapai di mana-mana sahaja samada melalui internet browser, komputer desktop ataupun melalui mobile device anda.. almaklum sekarang ni zaman smartphone kan?? Blackberry ler, Samsung Note, SIII, Iphone... macam-macam ler...

Di sini saya ada tips yang mudah macamana nak buat semua menda-menda tu.. tak perlu skill programming pun, tak perlu pun setup atau install apa-apa software.. jawapannya gunakan saja platform ArcGIS Online. Apa kebenda ArcGIS Online tu??  Ok.. intro sikit... Sekarang ni kan orang dok sibuk-sibuk cerita pasal teknologi cloud.. cloud computing ler dan macam-macam lagi. So ArcGIS Online ni pun sebenarnya cloud-based, satu sistem di mana kita boleh manage map, data-data, aplikasi dan pelbagai maklumat geografi di mana-mana sahaja melalui internet. Peta yang anda bina melalui ArcGIS Online ni anda boleh share dan masukkan samada ke dalam blog anda ataupun mungkin melalui laman web sedia ada di jabatan anda.




Kalau anda nak menggunakan ArcGIS Online ni, syaratnya anda perlu register dulu user anda. Anda mempunyai pilihan samada nak create user anda tu sebagai akaun ArcGIS Subscription ataupun sebagai Personal Account sahaja. Kalau Personal Account tu, ada limitation sikit lah dari segi fungsi-fungsi yang anda boleh buat dalam webpage anda nanti. Macam saya just plan nak buat simple-simple map dan simple function dalam webpage saya, jadi saya decide register sebagai Personal Account sahaja.  Kalau anda nak lihat detail perbandingan Subscription dan Personal Account, boleh rujuk di link sini. 

Untuk access ArcGIS Online, taip saja www.arcgis.com kat browser internet anda atau klik link ni. Kemudian klik pada link Sign In. Register dulu akaun anda.  Selepas anda log in, klik saja pada link Make a Map >> . Anda akan dapat paparan seperti kat bawah ni.




Dalam contoh ni, saya akan tunjukkan sample macamana saya bina GIS webpage untuk paparkan lokasi-lokasi kamera AES.. sekarang ni kan tengah hot isu pasal kamera AES ni kan..hehe. Data lokasi AES ni saya dapat dari  website ni.

Data-data tu dalam format PDF, kemudian saya convert ke Excel dan jadikan dalam bentuk text file comma delimited. Kemudian di dalam ArcGIS Online, saya zoom pada area data saya tadi. Kemudian klik pada button Basemap dan pilih basemap yang saya nak sebagai latar belakang map.

Pilihan Basemap untuk latar belakang peta anda

Sebagai contoh, disebabkan saya nak paparkan lokasi kamera AES disepanjang jalanraya kat Malaysia ni, so saya klik pada basemap Bing Maps Road dan paparan peta saya jadi seperti di bawah ni.

Contoh peta latar belakang basemap Bing Maps Road

Sekarang saya akan overlay pula basemap saya tu dengan data-data lokasi kamera AES yang saya dah convert tadi. Caranya klik pada menu Add > Add Layer from File. Nanti anda akan dapat paparan seperti kat bawah ni :-

Gabungkan latar belakang basemap dengan data anda


Kalau anda pilih option Add Layer from File, data anda tu mesti samada dalam format berikut :-
  • shapefile (sekurangnya 4 fail : shp, shx, dbf, prj dan dalam format zipfile)
  • delimited text file samada dalam format comma, semi-colon atau tab
  • GPS data file (GPX)


Satu lagi limitation ialah data anda tu maksimum 1000 features saja yang boleh dipaparkan. Maksudnya kalau data saya ni point, maksimum 1000 point saja le boleh papar. Lokasi kamera AES tak sampai 1000 kamera pun... so kira ok le tu.
Daripada dialog Add Layer from file tu, saya klik button Choose File, kemudian saya pilih text file yang saya dah convert tu.



Apabila saya klik button Import Layer, lokasi point kamera AES dari text file tadi akan dipapar di atas basemap saya menggunakan default simbol merah.

Point merah menunjukkan data saya - lokasi kamera AES


Errmmm... rasa macam tak menarik pulak default simbol point tu. Katakan saya nak gantikan simbol tu dengan simbol gambar kamera yang saya download dari mana-mana page. Mudah saja, dari Table of Content map tu, saya klik saja kat layer AES tu dan pilih Change Simbol dan masukkan URL gambar kamera saya tadi. Stepnya seperti gambar di bawah ni.




Maknanya kalau anda nak gunakan method simbol dari image, image tu anda perlu upload dulu kat mana-mana website sebab ArcGIS Online akan baca URL lokasi image tadi. Dalam contoh ni, image kamera tu saya upload dulu dalam website photobucket.com. Hasilnya peta saya akan kelihatan seperti di bawah ni..

Lokasi kamera AES menggunakan simbol kamera dari image PNG



Kemudian, save kan map anda. Masukkan Tajuk dan Tag seperti contoh di bawah :-



OK katakan anda dah puas hati dengan setting map tu.. sekarang tiba masa untuk anda share map anda tu dengan pengguna lain di internet. Klik saja butang Share. Saya pilih option Everyone (public) sebab saya nak kongsi map saya ni dengan semua pengguna. Kalau anda ada akaun facebook atau twitter, anda boleh terus share ke dalam laman sosial tu dengan klik terus ke button facebook atau twitter. Dalam contoh ni saya decide nak buat webpage, so saya klik pada butang Make a Web Application.

Share map anda



Jangan risau dari segi macamana nak design interface web application tu sebab ArcGIS Online dah readykan untuk anda pelbagai template yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda... seperti kat bawah ni..

Pilihan templat untuk interface website


Contoh website yang telah lengkap saya bina tadi adalah seperti kat bawah ni. Anda boleh access pada website ni di link sini.

Contoh website yang dah ready menggunakan templat "Legend"


ArcGIS Online juga menyediakan interface untuk anda manage webpage dan map yang telah anda design. Klik saja kat butang MY CONTENT, kesemua map-map yang telah anda buat sebelum ni akan dipaparkan di situ.



Antara contoh website yang saya bina dari ArcGIS Online


Mudah saja kan... semuanya free, tak perlu install apa-apa pun, programming pun tak payah buat. Kalau anda ada smartfon atau mobile device, nak access map tu dalam fon atau mobile device anda pun boleh.

Contoh map sempadan pilihanraya dari ArcGIS Online yang saya 
access thru smartphone


Selamat mencuba.. :):)





32 comments:

  1. boss..kalau kita dah create akaun dan jadi double...so kena tukar user ID n pass yg lain ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend akaun apa yg create? Arcgis online boleh guna samada personal account, annual subscription account atau esri global account..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sy baru jumpa blog ni..amat berguna kepada sy yg bekerja menggunakan perisian ArcGis 9.3.1

    ReplyDelete
  4. dlm shapefile saya tiada projection file (.prj) yg ada cuma .sbn,.sbx,.shp,.shx,.dbf macam mana nk dapatkan file ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada fail prj maknanya data tu tak define spatial reference. Kena define dulu spatial reference dalam Catalog, nanti automatik fail tu arcgis akan create.

      Delete
  5. di sini ada layer polygon,polyline,point,sungai dll..jdi sy kena define satu/satu ke?.tq

    ReplyDelete
  6. boleh x data yg nk diupload tu di tambah kepada lebih dr 1000 point?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap...boleh...dgn syarat upgrade kepada organizational subscription account..tak boleh guna personal account. Tapi the best solution kalau data byk ialah create data tu sbgai services thru ArcGIS Server.. boleh rujuk link berikut utk maklumat tambahan :-
      http://help.arcgis.com/en/arcgisexplorer/help/index.html#//01560000005p000000

      http://forums.arcgis.com/threads/41778-1-000-feature-limit-in-arcgis-online

      Delete
  7. thanx for da info...byk benda nk tya sy dh emel en harap dpt respon

    ReplyDelete
  8. betul ke kalau xde license x boleh guna application ni?mohon respon segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti saya nyatakan di atas, kita bule apply samada nak gunakan personal account atau melalui annual subscription. Kalau personal account tu free je.. rujuk link ni utk perbandingan antara 2 account..

      http://www.esri.com/software/arcgis/arcgisonline/features/comparison-table

      Delete
  9. sorry gan,,,
    tw gak cara ny mengubah shp menjadi gpx melalui arcgis 9.3...


    tanks,,,,,,,

    ReplyDelete
  10. data yg ada dlm sistem Access/Excel boleh migrate terus ke map tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya nak masukkan dalam arcgis online, data tu kena export ke text file dlm format comma delimited, tab atau semi-colon

      Delete
  11. boss,data dalam format text file dlm format comma delimited, tab atau semi-colon yang kita nak add tu wajib ada koordinat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya...ada tak blog yang memberikan perincian berkaitan software mapinfo macam yang bos buat ni?

      Delete
    2. ermm... so far saya tak pernah jumpa plak...

      Delete
  12. nak tanya eh ,jika data yang guna dalam GIS kena ada apa criteria ?
    x dan y coordinate ?
    jike tak ada,macam mana ?

    ReplyDelete
  13. Salam boss, ade facebook sukagis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ada... https://www.facebook.com/SukaGis/

      Delete