Wednesday 31 October 2012

Perbandingan Kapasiti Data Dalam Personal, File dan ArcSDE Geodatabase


Topik kali ni ringkas sahaja. Sekiranya anda ditugaskan untuk membangunkan GIS data di dalam geodatabase, topik kali ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat keputusan jenis geodatabase manakah yang sesuai anda gunakan. Jika anda masih baru dalam konsep geodatabase dan ingin sedikit maklumat asas tentang geodatabase ni, bolehlah rujuk kat post saya sebelum ini topik Pengenalan geodatabase di link sini.

Untuk yang dah tahu konsep asas geodatabase tu, anda tentu tahu kan geodatabase ni ada 3 jenis : Personal Geodatabase, File Geodatabase dan ArcSDE Geodatabase. Rujuk pada gambar di bawah ni.



Di dalam post saya sebelum ini topik Pengenalan Geodatabase, saya ada ceritakan secara ringkas tentang Storage Capacity di dalam gambar tu. Dalam topik kali ni, saya akan ceritakan lebih terperinci lagi tentang Storage Capacity tu.

Jika anda lihat gambar atas tu, Storage Capacity untuk Personal geodatabase ialah 2Gb, File GDB 1 TB per table dan ArcSDE GDB tu depend pada ArcSDE GDB Edition. OK.. maybe ada yang tak clear maksudnya tu..  saya akan explain satu persatu.

Storage Capacity : Personal GDB : 2GB

Untuk Personal GDB, saiz keseluruhan data dalam satu geodatabase tu maksimum sampai 2GB sahaja.

Personal GDB, maksimum saiz sata database = 2Gb

So, kalau data anda tu saiz besar sangat camne? Terpaksalah pecah-pecahkan data tu ke banyak GDB.. kalau korang still decide nak guna Personal GDB ler. Tapi cara ni macam tak berapa praktikal.

Create lebih dari 1 personal GDB kalau data anda lebih dari 2Gb

Storage Capacity : File GDB : 1 TB per table

Kalau data anda lebih dari 2GB, cara yang lebih praktikal ialah upgrade saja ke File Geodatabase. So..apakah maksud 1 TB per table?? Maknanya setiap dataset dalam geodatabase boleh pergi maksimum sampai 1 Terabyte setiap satu. Wowww... besar tu!!

File GDB : setiap satu dataset boleh capai 1TB

Storage Capacity : ArcSDE GDB : ArcSDE GDB Edition

Untuk ArcSDE GDB, saiz kapasiti data bergantung pada jenis ArcSDE GDB Edition yang digunakan. Terdapat tiga jenis edition iaitu :-
  1. ArcSDE for ArcGIS Desktop
  2. ArcSDE for ArcGIS Server Workgroup
  3. ArcSDE for ArcGIS Server Enterprise

Rujuk ruangan Database limits kat gambar bawah ni untuk saiz kapasiti data setiap edition.



Kalau anda lihat kat ruangan Database limits tu, kalau anda gunakan Enterprise Edition, memang takda had dari segi saiz data dan RAM. Had saiz data anda bergantung pada berapa banyak saiz harddisk yang ada kat server anda. Untuk Desktop dan Workgroup Edition.. had maksimum saiz data anda 4Gb saja.. dan ada had RAM untuk single cpu. Maknanya kalau server anda ada sampai berbelas Gb RAM pun, ArcSDE hanya utilize 1Gb RAM je kat server tu.



10 comments:

  1. Salam,
    Saya salah seorang kakitangan jabatan kerajaan,berminat untuk belajar ARCGis.Saya telah diberi tugas mnyediakan peta bagi unit saya.Boleh tuan emailkan saya data-data yang tuan ada, agar saya dapat ikuti setiap tutorial yang tuan berikan pada kami semua dalam blog ni?
    Kerjasama tuan amatlah saya hargai.

    ReplyDelete
  2. maaf ni email saya - b2bjutawan@gmail.com

    ReplyDelete
  3. bos... yg utk aecsde for desktop tu.. kena de lesen jugak ka? dia mmg sql serever 2005 je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diagram atas tu utk ver10... kalau ver10.1, supported sql express = 2008, 2012. Boleh refer kat link ni..
      http://resources.arcgis.com/en/help/system-requirements/10.1/index.html#//015100000070000000

      Delete
  4. kami selalu buat projek guna arcmap..bila dah siap save data ke geodatabase sbb nk hantar ke hq sbb filenya lebih kecil. mana lebih baik nk buat atau edit projek,dlm arcmap ke dlm geodatabase?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak confius soalan tu. Editing data mmg di dalam ArcMap. Geodatabase tu salah satu format spatial data. So kalau kita edit data dlm ArcMap, depend data apa yg kita edit, samada shapefile ke, geodatabase ke or lain2.

      Delete