Saturday 5 January 2013

Tips : Download ArcGIS Online Basemap


Kali ni saya ingin berkongsi satu tip bagaimana nak jadikan ArcGIS Online Basemap sebagai ArcGIS Offline Basemap..:):). Untuk yang dah guna ArcGIS Desktop 10.x rasanya tentu anda dah tahu dalam ArcMap kita boleh gunakan button Add Basemap untuk gabungkan online basemap dengan data-data kita.

Contoh galeri online basemap

Data jalan putrajaya overlay dengan
Bing Maps Aerial basemap


Online basemap ni amat berguna sekiranya kita tak mempunyai data yang mencukupi tapi ingin membina map yang cantik dan pantas. Contohnya katalah anda hanya ada data lokasi sampel dan sempadan negeri. Kalau anda bina map hanya berdasarkan dua data tu, tentu map anda nampak kosong. So, kalau kita combine dengan data-data dari online basemap ni, nampaklah map kita tu penuh dan cantik sikit, takdelah nampak kosong je. Contohnya macam gambar kat bawah ni. Map mana yang lebih menarik?

Map mana lebih menarik??


Tetapi untuk access data online basemap ni, kita perlukan talian internet dulu. Kalau kelajuan network  kat tempat anda tu slow, hmmmm merangkak juga nak draw data dari online basemap ni. Katakan anda hadapi situasi macam ni. Mungkin anda nak present projek anda di tempat yang tiada capaian internet, tapi pada masa sama anda nak paparkan data-data dari online basemap ni. Haaa... macamana nak buat tu? Satu lagi senario, mungkin anda nak gunakan data dari online basemap ni untuk paparkan dalam view 3D menggunakan ArcScene. Kalau nak buat tu, ada line internet pun tak boleh buat sebab button Add Basemap ada kat ArcMap je.. kat ArcScene takde.

Satu cara mudah yang boleh anda buat ialah download data online basemap tu ke dalam komputer anda menggunakan command Export Map. Bila anda download, pilih option save sebagai JPG, PNG, BMP, TIFF atau GIF supaya anda boleh download sekali maklumat georeferencing bersama imej tadi.

Macam ni caranya. Lihat imej di bawah ni. Imej tu menunjukkan kawasan Genting Highland yang saya paparkan dari Bing Maps Aerial online basemap. Katakan saya ada data DEM Genting Highland dan saya nak paparkan imej tu dalam 3D ArcScene di atas data DEM saya.

Bing Maps Aerial basemap area Genting Highland


Caranya saya export saja map yang saya paparkan dalam ArcMap tu dengan cara macam di bawah ni.



Penerangan nombor :
  1. Klik menu File > Export Map...
  2. Pilih format imej samada JPG, PNG, BMP, TIFF atau GIF
  3. Namakan output imej
  4. Masukkan resolution yang sesuai.
  5. Jangan lupa check option Write World File supaya maklumat georefencing di save bersama imej tu. Kalau tak nanti imej anda tu takda sistem koordinat dan tak boleh di overlay dengan data lain.
  6. Klik Save.


Selesai sudah. Sekarang ni bolehlah anda paparkan imej tu bersama-sama data anda yang lain walaupun anda tiada talian internet. Caranya add saja macam biasa imej yang dah save tadi menggunakan button Add Data dalam ArcMap. Kalau anda nak view dalam 3d ArcScene pun, just add saja imej tu dalam ArcScene dan setkan Base Height mengikut data DEM anda. Macam contoh di bawah ni, saya view imej Genting Highland tadi dalam ArcScene bersama data DEM saya.

Bing Maps Aerial basemap area Genting Highland yang telah
di download dipapar dalam 3D ArcScene

Selamat mencuba.

5 comments:

  1. Nice.....thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Sir...I tried the methods yg dibgtau..somehow..when I insert the save image....gambar x cantik laa...resolutionnya dah berubah compared yg connected with internet...any comment..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg resolutionnya berbeza terutama bila kita zoom in.. the original internet image tu dia akan display resolution yg sesuai based on scale yg kita zoom. Kalau kita nak save image tu, kita kena save beberapa image ikut scale yg sesuai.

      Delete
  3. salam. nk tanya how nak create 3d building guna arcgis 10.1? ada tutorial tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ada byk cara... salah satu cara boleh rujuk di sini...

      http://blogs.esri.com/esri/arcgis/2011/02/22/creating-3d-textured-buildings-from-2d-footprints/

      Delete