Friday 15 February 2013

Menjana Koordinat XY Dari Data Point


Walaupun melalui data geospatial anda boleh mengetahui kedudukan atau lokasi sesuatu point feature, tapi kadangkala anda perlukan maklumat koordinat di setiap lokasi point tersebut.. mungkin untuk tujuan rekod inventori untuk dimasukkan ke dalam database jabatan anda, atau mungkin anda perlukan info koordinat tu sebagai input untuk sistem atau applikasi yang lain. Tapi katalah table point tu takde info koordinat XY.. hmmm macamana nak dapatkan info koordinat tu?

Cuba lihat gambar di bawah. Dalam contoh tu, saya ada point taburan industri dan maklumat dalam table point industri tu hanya ada nama kawasan industri dan nama subbasin. Tapi tiada info koordinat XY untuk setiap point tu. 

Table point tiada koordinat XY


Sekarang saya akan jana koordinat XY untuk setiap point tu. Caranya mudah saja. Gunakan command Add XY Coordinates dalam ArcToolbox. Rujuk gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Buka ArcToolbox dan doubleclik Data Management Tools > Features > Add XY Coordinates
  2. Pilih Input Features. Dalam contoh ni point industri.
  3. Klik OK


Hasilnya seperti gambar di bawah. Dua field tambahan akan dibina dalam table tu (POINT_X, POINT_Y) dan setiap satunya akan menyimpan koordinat X dan Y.

Koordinat XY dijana selepas run command Add XY Coordinates


Koordinat yang akan dibina ialah merujuk kepada sumber sistem koordinat data anda. Maksudnya kalau point data anda tu source coordinate dia RSO maka koordinat yang akan dijana pun   adalah dalam RSO..seperti contoh data saya ni. Kalau anda nak jana kepada sistem koordinat yang lain, contohnya Darjah Perpuluhan WGS84, anda perlu project dulu data anda tu ke sistem koordinat WGS84, kemudian barulah anda run command Add XY Coordinates tu. Kalau anda kurang faham bagaimana steps nak project data anda tu ke sistem koordinat yang lain, rujuk post saya sebelum ni tajuk "Menukar sistem koordinat : RSO - WGS84, WGS84 - RSO, RSO - Cassini dll"

Selamat mencuba :):).


9 comments:

  1. Salam En. Azlan,
    Off topic sket.

    Saya ada 2 raster.
    Raster 1(peta erosion: resolution=10m),
    raster 2 (tinggi pokok: resolution=1m).
    Saya nak combine/ overlay dua-dua raster ni, even resolution dia lain. Valid kah?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... combine/overlay still boleh buat, cuma spatial analyst akan guna teknik resampling masa overlay nnt utk tentukan value output cell.

      Delete
  2. Salam..input features ni boleh dalam feature class, layer file only ke? saya dah cuba convert into .lyr tapi masih tak boleh nak jana koordinat. Adakah ianya hanya untuk point sahaja? untuk polyline ada cara lain ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. input mesti dlm featureclass. Cth yg saya tunjukkan ni utk layer point. Kalau polyline, xy terletak di vertex polyline. Jadi vertex tu perlu convert dulu kepada point, gunakan tools vertices to point..

      Delete
  3. salam encik. nak tnya, kenapa saya nak add feature class tapi takde. means, saya dah select untuk feature dataset. then, mesti die akan kluar feature class kan? tapi takde encik. camne ea? dia kluar blank dkt feature dataset yg saya amik tuu. thank you encik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..saya kurang jelas..mmg dlm feature dataset tu dh ada feature class ke? Kalau kosong maksudnya mmg xde featureclass le

      Delete
  4. Salam..bole x nak transform data lidar ke local projection tanpa menghilangkan
    kelas2 sedia ada

    ReplyDelete
  5. saya dah guna lastool/las to multipoint.memang bole transform ke RSO..
    tapi bila buka di Terrasolid, jadi 1 kelas yg menggabungkan semua kelas
    sedangkan data asal dah kelaskan ke bangunan, vege,etc.

    ReplyDelete