Sunday 23 October 2016

Memapar Attribute Table di Layout ArcMap

Kadangkala saya ditanya macamana nak paparkan atribut dari dalam table untuk diletakkan di Layout ArcMap. Sebenarnya ada macam-macam kaedah anda boleh gunakan. Antaranya :-

a) Klik Add Table to Layout dari table yang anda buka.



b) Klik menu Insert > Object.. dan pilih fail Excel (kalau data anda tu dalam Excel format le)



c) Printscreen table dan add ke dalam layout sebagai picture.



d) Bina Report dan add report tu ke dalam Layout.



Mana-mana cara pun ok… semua boleh papar atribut ke dalam layout, tapi kalau anda nak paparan atribut yang lebih menarik dan nak kawal  format paparan teks (contoh nak list by Group atribut, sorting etc), gunakan kaedah yang last tu, bina Report.

Dalam tutorial ni saya akan tunjukkan macamana cara nak create report dan masukkan ke dalam Layout. Di sini saya tak tunjuk cara-cara nak buat Layout, anda boleh belajar di post saya sebelum ni di link sini.  OK… nk create report, mula-mula sekali anda kena tentukan source atribut yang anda nak letakkan dalam report tu. Anda boleh pilih samada nak pilih Layer ataupun dari Table yang berasingan dari Layer. Contohnya dalam post saya sebelum ni saya ada tunjukkan bagaimana saya create satu summarize table hasil dari analisis Frequency. Saya akan gunakan table tu untuk diletakkan dalam report dan dipaparkan dalam Layout yang telah saya bina.

Untuk create report, buat step berikut :-





Penerangan gambar :-
  1. Klik menu View > Reports > Create Report…
  2. Pilih Layer atau Table yang anda nak letakkan ke dalam report
  3. Pilih field yang anda nak letakkan dalam report.
  4. Klik arrow > untuk masukkan field yang dipilih tadi ke dalam ruangan Report Fields.
  5. Kalau anda klik button Dataset Options, anda ada beberapa pilihan untuk row yang nak diletakkan dalam report. Yang bagusnya dia ada option untuk anda letakkan hanya atribut based on apa yang anda query (Selected Set) dan Visible Extent (based on area yang anda zoom in).
  6. Klik Next>


Paparan di bawah pula akan dipaparkan. Disini anda ada pilihan samada nak formatkan paparan based on Grouping level. Dalam contoh ni saya groupkan report saya based on attribut dari field Semasa yang merujuk kepada kategori gunatanah semasa.



Penerangan gambar (alamak baru perasan le...gambar takde step nombor.. takpe le...cuba rujuk sendiri pada gambar ni ye...sorry tertinggal huhu)  :-
  1. Klik field yang anda nak setkan sebagai Grouping Level.
  2. Klik arrow >
  3. Klik Next.


Seterusnya paparan sort fields akan dipaparkan. Kalau anda nak sort record based on field tertentu, setkan field tu disini. Kalau taknak, klik saja butang Next >.



Seterusnya anda akan tiba pada paparan format layout dan orientation. Disini anda boleh setkan paparan orientation Potrait dan juga Landscape.  Klik butang Next >.



Anda akan tiba pula pada paparan Style Report. Ada macam-macam template Style Report yang disediakan. Anda boleh try and error klik je mana-mana style dalam list tu dan decide ikut citarasa anda style mana yang anda suka. Lepas tu klik Next >.



Seterusnya anda akan tiba pada paparan terakhir Report Wizard. Buat step seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Namakan tajuk report anda.
  2. Klik Finish.


Paparan Report Viewer akan dipaparkan seperti di bawah. Di sini anda boleh semak setting report anda. Kalau ada setting yang anda tak puas hati, anda boleh ubah semula.. contohnya kalau dilihat dalam contoh report di bawah, grouping teks “Institusi dan Kemudahan Masyarakat” dipaparkan tiga barisan. Katakan saya nak ubah pada paparan satu barisan teks dan column Shape_Area tu saya nak tukar pada nama Keluasan, saya boleh lakukan step seperti berikut :-




Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Edit…
  2. Klik pada kotak header Grouping field dan adjust kelebaran saiz supaya teks atribut muat dalam satu barisan.
  3. Klik column Shape_Area
  4. Pada ruangan Text, rename kepada nama Keluasan.
  5. Klik butang Run Report.


Anda akan dapati paparan report berubah mengikut setting yang telah anda buat sebelum tadi. Jangan lupa klik button Save untuk save report anda. Untuk masukkan report tadi ke dalam Layout pula, buat step ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik button Add report to ArcMap Layout.
  2. Pilih nak masukkan semua page atau page tertentu.
  3. Pilih nak letak garis border ke tak kat sekeliling repot. Saya pilih taknak letak supaya senang saya nak posisikan report ke mana-mana area layout tanpa mengganggu elemen peta yang lain (legend, north arrow etc).
  4. Klik OK.



Hasilnya seperti gambar di bawah. Posisikan report tu mengikut kesesuaian di atas layout.

Selamat mencuba.


5 comments:

  1. BOSLAN....ajarla geocode..hehe =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. alamak...tak berapa expert... nak cari sample data yg complete dengan reference street pun payah.. hihi

      Delete