Ingat tak sebelum ni saya ada post topik untuk download data
percuma DEM? Jika anda ingat lagi, dalam post tu saya ada tunjukkan data raster
SRTM yang kita download tu adalah dalam sistem koordinat geographic WGS84 kan?
OK, kita ulangkaji sikit bab sistem koordinat dan struktur data raster. Tentu anda tahu kan, koordinat WGS84 ni
menggunakan angular unit samada decimal degree (DD), degree minute second (DMS)
atau degree decimal minutes (DM). Data raster pulak struktur dia terdiri dari
pixel atau kita panggil sebagai cell yang disusun dalam bentuk baris (row) dan
lajur (column) . Setiap cell tu plak ada saiz yang menentukan resolution raster
tu, cthnya 20m x 20m cell size. Oleh itu, setiap satu cell kita boleh tahu
keluasannya.. kalau cell size 20m x 20m, maknanya keluasan 1 cell = 400 meter
persegi lah.
Jadi, kalau data raster kita dalam sistem koordinat WGS84,
macamana pulak nak tentukan cell size dan keluasan cell raster tu, sebab WGS84
menggunakan unit DD, DMS, DM? Rasa macam pelik je kalau kita kata keluasan cell
saiz saya 0.00025 decimal degree persegi, sebab selalunya bila melibatkan
pengukuran jarak, keluasan, mesti akan guna planar (projected) unit kan?
Contohnya meter ke, feet ke.
Sebab tu kita kena awas, bila kita dapat satu data raster,
check dulu sistem koordinat yang dia pakai sebelum buat analisis. Sesetengah
analisis perlukan cell unit dalam projected unit untuk menghasilkan output yang
tepat. Contohnya katalah anda nak buat analisis slope. Kalau data raster yang
kita gunakan sebagai input untuk analisis slope tu dalam WGS84 dan outputnya
pun kita set sebagai default WGS84 jugak, result output slope yang terhasil
jadi tak betul. Sepatutnya cell size raster tu kita kena setkan dulu kepada
projected unit, contohnya RSO meter ke. Cuba lihat gambar di bawah ni. Gambar A
hasil analisis slope dalam WGS84, gambar B pulak hasil analisis slope dalam
RSO. Jauh beza kan result dia.
Dalam gambar A, hampir keseluruhan area jadi high slope,
merah belaka. Tak logik nampaknya tu. So macamana caranya nak setkan cell tu
kepada projected unit sebelum buat analisis? Ada dua cara :-
- Guna tool Project dalam ArcToolbox untuk tukar sistem koordinat input raster dari WGS84 kepada projected coordinate system, contohnya RSO. Kalau guna cara ni, anda akan ada 2 layer raster, satu dalam WGS84, satu lagi hasil Project dalam RSO.
- Set output sistem koordinat analisis kepada projected coordinate system, contohnya RSO. Kalau guna cara ni, anda hanya perlu maintain satu layer raster sahaja (yang WGS84 tu) tapi output analisis akan dihasilkan dalam projected RSO. Cara ni juga boleh jimat space hardisc sebab anda tak perlu maintain 2 layer raster.
Sekarang saya akan tunjuk cara paling mudah, iaitu cara
kedua. Untuk set output sistem koordinat analisis, follow step berikut :-
Penerangan gambar :-
- Kat menu ArcMap, klik Geoprocessing > Environments…
- Klik Output Coordinates
- Kat ruangan Output Coordinate System, set kepada As Specified Below
- Klik butang Spatial Reference
- Kat dialog Spatial Reference Properties, setkan koordinat kepada RSO
- Klik OK kat untuk tutup dialog Spatial Reference Properties.
- Sekarang disebabkan WGS84 dan RSO guna datum berbeza, anda kena buat Geographic Transformation dulu. Dalam list tu, pilih Kertau_to_WGS_1984.
- Klik OK.
Selesai sudah step untuk set output sistem koordinat
analisis kepada sistem projected unit. Lepas tu bolehlah anda proceed pada
analisis yang anda nak buat.
Assalam..kenapa bila saya nak buat slope asyik keluar merah semua kemudian hanya ada tiga je kelas slope..kawasan sarawak..boleh minta pencerahan tuan..
ReplyDeletewaalaikumsalam.. bule sy tau source data dem tuan dlm sistem koordinat apa dan tuan hasilkan slope dlm sistem kordinat apa?
Deletesaya dah try buat dlm BRSO dgn utm zon 49.. tapi dedua keluar hasil yang sama..semua merah mcm gmbar tuan di atas..
Deletepertama sekali, source raster DEM tu tuan kena semak dulu setting spatial reference dia untuk tentukan sistem koordinat. Boleh semak melalui catalog > properties. Sepatutnya setting spatial reference adalah mengikut source koordinat data tersebut dikeluarkan.
ReplyDeleteJika data tersebut dikeluarkan memang dalam projected koordinat sistem, sepatutnya tiada masalah. Contoh sekiranya raster tu memang dalam BRSO, by default hasil slope juga akan jadi BRSO dengan syarat tiada perubahan pada setting kat menu Geoprocessing > Environment dan tiada perubahan setting pada sistem koordinat pada Data Frame ArcMap.
terima kasih tuan..lagi satu yang mana patut saya guna spatial analyst atau 3d spatial analyst utk buat slope?
Deletedua2 boleh guna tuan... cuma bezanya slope dalam 3d boleh baca input data TIN untuk hasilkan slope
Deleteassalamualaikum, boleh tunjuk ajar tak cara macam mana nak buat slope analisis dari awal sebab ini baru kali pertama saya dapat tugasan ni dan saya tak tahu .Mohon email pada saya di nurainaaminin@gmail.com jika boleh.terima kasih ..harap admin boleh bantu saya
ReplyDelete