Tuesday, 14 March 2017

ArcGIS dan Unjuran RSO

Anda tentu maklum kan kat Malaysia ni, banyak agensi-agensi maintain data mereka dalam unjuran RSO terutama data topo  skala 25,000 - 50,000. RSO ni singkatan dari Rectified Skew Orthomorphic  atau Unjuran Serong Ditepati. Di bawah ni contoh parameter unjuran RSO untuk Semenanjung yang diberi oleh JUPEM, dipanggil juga sebagai Kertau RSO, sebab menggunakan rujukan Datum Kertau.



Tapi anda perasan tak, bila anda buka list Projected Coordinate System dalam ArcGIS, ada banyak list unjuran RSO yang dipaparkan. Senarai unjuran RSO ni anda boleh lihat melalui Feature Class Properties dalam ArcCatalog atau ArcMap Catalog Window  (kalau anda nak define sistem koordinat untuk sesuatu layer) dan juga melalui Data Frame Properties (untuk set sistem koordinat pada Data Frame ArcMap). Lihat seperti contoh di bawah :-




Penerangan gambar :-
  1. Kalau anda nak define sistem koordinat untuk layer, right click layer yang nak define dan pilih Properties. Kalau nak set sistem koordinat untuk Data Frame ArcMap plak, right click dalam map dan pilih Data Frame Properties…
  2. Klik tab XY Coordinat dan pilih folder Projected Coordinate Systems
  3. Pilih folder National Grids
  4. Pilih folder Malaysia and Singapore
  5. Lihat senarai unjuran RSO yang dipaparkan.

Tapi anda perasan tak, dalam list tu ada banyak benor senarai Kertau RSO yang dipaparkan. So, katakan kalau anda nak define RSO untuk data Semenanjung, yang mana satu idaman kalbu yang anda kena pilih?



Pertama sekali, yang anda perlu tahu, unjuran RSO menggunakan sistem koordinat dalam unit Meter. So dari senarai kat atas tu, unit Chains anda dah boleh lupakan, dah terkeluar dari senarai. So tinggal dua, Kertau (RSO) RSO Malaya (Meters) dan Kertau RSO Malaya (Meters). Yang mana satu yang betul antara dua ni? Masa saya mengajar baru-baru ni, student saya ada buat lawak, dia kata Kertau (RSO) RSO Malaya (Meters) tu untuk orang sebut gagap kot? Haha.. ke sebab programmer software ni melatah tertaip dua kali RSO. Entahlah… tapi based pada parameter RSO yang saya tunjukkan di awal-awal post tadi, parameter yang betul adalah pada nama Kertau RSO Malaya (Meters).  Yang gagap dua kali RSO tu parameter dia tak sama dengan parameter yang JUPEM berikan. Kalau tak silap, Kertau (RSO) RSO Malaya (Meters) tu berasaskan projection Hotine Oblique Mercator.

Parameter kertau RSO Malaya (Meters) dalam ArcGIS


Jadi lepas ni, kalau anda nak define unjuran RSO untuk data area Semenanjung, pilih Kertau RSO Malaya (Meters) dalam senarai. Jangan pilih RSO gagap tu ye… :)


No comments:

Post a comment