Saturday, 1 April 2017

Clip Raster Mengikut Bentuk Polygon

Cuba perhatikan gambar data raster di bawah ni. Raster ni menunjukkan data DEM merangkumi area Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang saya perolehi dari sample World Data ESRI.



Katakan, daripada data DEM ni, saya cuma nak extract layer raster DEM area Sabah saja, contoh macam gambar berikut ni.



Macamana caranya? Kalau anda perhatikan dalam senarai toolbox, ada satu tool dipanggil Clip. Sebenarnya ada dua tool Clip ni dalam toolbox, satu dalam Analysis Tools > Extract. Yang ni untuk anda potong data vektor mengikut bentuk Clip Layer. Satu lagi tool terletak dalam Data Management Tools > Raster > Raster Processing. Tool ni anda boleh gunakan untuk potong data raster anda mengikut area tertentu, samada mengikut bentuk kotak rectangle atau mengikut bentuk sempadan polygon data anda.

Tool Clip data vektor dan data raster

Contoh macam data DEM raster saya tadi, kalau saya nak potong data DEM tu mengikut bentuk sempadan negeri Sabah, pertama sekali saya kena ada dulu layer boundary Sabah dalam bentuk polygon. Ataupun kalau anda ada layer kombinasi semua sempadan negeri Malaysia, select dulu state Sabah. Contoh macam gambar berikut ni, saya select dulu area Sabah dan ArcMap akan hightlight selection symbol biru.

Select dulu boundary yang nak digunakan untuk Clip

Bila dah ready layer boundary polygon, buat step berikut ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, ‘double click’ tool Clip dalam Data Management Tools > Raster > Raster Processing.
  2. Pilih layer raster yang anda nak potong.
  3. Pilih layer boundary polygon.
  4. Jangan lupa check kotak Use Input Features for Clipping Geometry. Kalau tak nanti output raster anda akan jadi bentuk kotak rectangle.
  5. Namakan output layer raster. Format raster boleh dalam tiff, img, geodatabase raster dan macam-macam lagi. Dalam contoh ni, saya setkan output sebagai format img.
  6. Klik OK.


Result akan jadi seperti di bawah ni. Senang je kan? 



Ada satu lagi tool yang anda boleh cuba untuk buat fungsi yang serupa. Tool ni dipanggil Extract by Mask, terletak dalam toolbox Spatial Analyst Tools > Extraction. Tapi nak run tool ni kena ada extension Spatial Analyst dulu.

OK… selamat mencuba.. jumpa lagi... :)
p/s : Buku SukaGIS jilid 1 telah berada dipasaran. Kalau berminat boleh le buat tempahan ye.


No comments:

Post a comment