Monday 10 April 2017

Menggabung Raster (Mosaic)

Dalam post saya sebelum ni, ada saya bincangkan tentang kaedah menggabungkan feature class menggunakan kaedah Merge. Tapi feature class ni melibatkan data vector, macam shapefile ke, geodatabase feature ke. Tapi kalau anda ada beberapa data raster, macamana anda nak gabungkan menjadi satu raster sahaja? Contoh cuba lihat gambar di bawah ni. Gambar ni menunjukkan dua data raster yang berasingan tetapi duduk bersebelahan.



Istilah menggabungkan data raster ni dipanggil Mosaic. Dalam ArcGIS ni, ada dua kaedah yang kita boleh gunakan untuk menggabungkan raster :-

  • Menggabung secara virtual menggunakan Mosaic Dataset. Mosaic Dataset ni sendiri sebenarnya adalah satu data model di dalam geodatabase. Maksudnya nak guna kaedah Mosaic Dataset, raster mosaic anda mesti disimpan di dalam geodatabase.
  • Menggabung secara kekal dimana data-data raster anda digabung menjadi satu layer raster (single raster dataset). Maksudnya macam dalam gambar di atas tadi, dua raster tu digabungkan menjadi satu raster.

Tak kira lah anda guna teknik mana-mana pun, hasil output raster tu boleh dikembangkan lagi sekiranya terdapat data raster baru yang nak dimasukkan. Contohnya dari dua data raster yang saya dah gabungkan jadi satu tu, kalau ada pulak raster yang baru bersebelahan dalam negeri Pahang yang saya nak gabungkan, boleh je.

Dalam contoh ni, saya akan tunjukkan cara gabungkan data-data raster secara kekal menjadi satu single raster dataset. Dalam ArcGIS, ada beberapa geoprocessing tool yang anda boleh guna kalau nak buat kaedah ni, bergantung pada  samada target output raster dah wujud atau tak. Antara tool tu adalah :-

  • Mosaic_To_New_Raster : gunakan tool ni kalau anda nak gabungkan data-data raster kepada output raster yang baru.


  • Mosaic : Tool ni anda guna kalau anda dah ada output raster tapi nak gabung atau nak tambah input raster baru ke dalam output raster tu.


  • Workspace_To_Raster_Dataset : Teknik ni sesuai kalau anda ada berpuluh atau beratus data raster dalam satu folder dan nak gabungkan serentak ke dalam output raster dataset.


Persediaan Sebelum Mosaic
Sebelum buat mosaic ni, pastikan dulu apakah Pixel Type/Depth yang anda nak setkan pada output raster nanti. Pixel Type/Depth yang anda pilih tu mesti match dengan Pixel Type/Depth pada data input raster yang anda masukkan, kalau tak nanti result output anda jadi tak tepat. Apa dia Pixel Type/Depth ni? Senang cite, Pixel Type/Depth ni akan tentukan nilai data yang anda boleh simpan dalam setiap cell raster anda tu. Rujuk rajah bawah ni untuk penerangan setiap Pixel Type/Depth dalam ArcGIS.



Macamana anda nak tahu input raster data anda tu guna Pixel Type/Depth yang mana satu? Senang je, anda boleh check dalam Properties, seperti cara di bawah ni.


Penerangan gambar :-

  1. Dalam Catalog, right-click input raster anda dan pilih Properties…
  2. Semak kat ruangan Pixel Type dan Pixel Depth
Dalam dialog Properties tu anda boleh tahu juga input raster data tu guna berapa jumlah Bands. Semua info-info ni berguna untuk anda setkan dalam output raster nanti.

Proses Mosaic
OK, oleh kerana saya decide nak gabungkan kesemua raster saya ni ke dalam target output raster yang baru, saya akan gunakan kaedah Mosaic_To_New_Raster. Caranya, follow step berikut :-


Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, run tool Mosaic_To_New_Raster dalam toolbox Raster Management Tools > Raster > Raster Dataset
  2. Pilih input raster yang nak digabungkan.
  3. Pilih lokasi di mana anda nak simpan output raster tu. Kalau anda nak bina output raster geodatabase, pilih geodatabase. Kalau nak bina output sebagai fail raster, pilih folder.
  4. Namakan output raster dataset anda tu. Kalau anda nak bina format raster Grid atau raster geodatabase, tak perlu taip apa-apa extension. Kalau nak bina sebagai fail raster, ada beberapa format yang ArcGIS support seperti Erdas Imagine (.img), BIL (.bil), bitmap (.bmp), JPEG (.jpg) dan lain-lain.
  5. Tentukan Pixel Type/Depth
  6. Masukkan jumlah bilangan Bands.
  7. Yang lain-lain tu optional. Klik OK.

Hasilnya jadilah seperti gambar di bawah ni. Dua raster tadi digabungkan menjadi satu raster dataset.





No comments:

Post a Comment