Saturday 30 September 2017

Asas Operasi Penyuntingan Data

Terdapat beberapa tutorial yang saya post sebelum ni yang ada kaitan dengan penyuntingan data atau data editing dalam ArcMap. Contohnya berkaitan tips pendigitan, pembetulan ralat overshoot dan undershoot, spatial adjustment dan lain-lain. Dalam tutorial tu, saya lebih fokuskan terus kepada kaedah penggunaan tool tertentu untuk betulkan ralat-ralat berkaitan. Bagi anda yang dah biasa atau dah ada basic dalam lakukan kerja-kerja editing dalam ArcMap mungkin tiada masalah. Tapi bagi anda yang baru pertama kali nak belajar kaedah editing dalam ArcMap ni, ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu dulu sebelum follow langkah-langkah yang saya tunjukkan dalam tutorial tu.

Ringkasnya, workflow penyuntingan data seperti gambarajah di bawah ni. Klik untuk besarkan gambar kalau tak jelas.



OK, kita go through satu persatu….

1 - Mulakan Sesi Penyuntingan
Sebelum boleh mulakan proses edit, kena mulakan dulu sesi penyuntingan. Macam nak bawak kereta la kan, kalau tak start enjin, camne nak jalan. Alamatnya drive buat bunyi enjin pakai mulut je la…haha. Nak mulakan sesi edit, senang je. Klik je Editor > Start Editing yang terletak dalam Editor Toolbar.



2 - Pilih Workspace
Jika dalam map anda ada layer yang terletak dalam pelbagai source, contohnya dalam folder berbeza atau geodatabase berbeza, anda kena pilih dulu nak edit dari source yang mana satu. Sekiranya ada data dalam source berbeza, ArcMap automatik akan papar dialog seperti di bawah ni lepas anda klik Start Editing.



Anda mempunyai dua pilihan. Nak klik dari senarai layer (A) boleh, nak klik dari source folder/geodatabase (B) pun boleh.

3 - Pilih Layer Dalam Dialog Create Features
Step ni depend. Ada sesetengah operasi edit yang perlukan anda pilih layer dulu dari dalam dialog Create Features ni. Contohnya nak buat pendigitan, kena pilih dulu layer apa nak digit dari dalam dialog Create Features. Ada juga operasi yang tak payah pilih layer dari dialog Create Features ni, contoh nak buat Spatial Adjustment. Bila anda klik je Start Editing, dialog Create Features ni sepatutnya akan automatik buka di posisi kanan ArcMap, berdekatan Catalog Window.

Kedudukan posisi default dialog Create Features


Tapi kalau dialog ni tak keluar lepas klik Start Editing, klik saja button Create Features di Editor Toolbar.




4 - Tentukan Properties dan Option
Sesetengah proses edit yang anda nak buat perlukan anda set beberapa properties untuk memudahkan proses edit tu. Contohnya jika anda nak buat pendigitan dan nak make sure starting point pendigitan anda tu snap dengan existing feature, lebih mudah kalau anda set dulu option snapping sebelum digit. Kalau nak buat topological edit pulak, anda kena set dulu layer apa yang terlibat dalam topology di Map Topology toolbar atau guna Geodatabase Topology Rules. Kalau nak buat Spatial Adjustment pulak, kena set layer apa yang anda nak adjust. Ringkasnya, apa yang anda nak edit akan menentukan apa properties atau option yang anda perlu set. Berbeza kaedah edit, berbeza properties yang mungkin anda kena set.

Antara properties dan option yang boleh anda set


5 - Bina Atau Edit Feature
OK, lepas tu barulah anda mulakan penyuntingan, nak digit ke, nak adjust ke, nak clean data ke atau nak gunakan mana-mana tool penyuntingan yang terdapat dalam ArcMap tu.



6 - Bina Atau Edit Atribut
Kadangkala mungkin anda nak masukkan atribut pulak lepas buat pendigitan, atau mungkin nak ubah atau nak betulkan atribut sedia ada. Caranya, select dulu feature yang anda nak masuk atau ubah atribut, kemudian klik saja butang Attributes di Editor Toolbar.



7 - Save
Haaa… jangan lupa pulak Save kerja-kerja edit anda tu. Kalau tak nanti penat je dah buat banyak-banyak tak save. Tapi jangan pulak tersilap tekan button Save. Jangan klik menu File > Save atau tekan butang gambar disket sebelah butang print tu. Yang tu untuk save fail MXD anda. Untuk save kerja-kerja edit, anda kena klik dekat Editor > Save Edits di Editor Toolbar.



Dan satu lagi, amalkan kerap klik butang Save Edits setiap kali anda rasa dah banyak buat proses edit. Bukan apa, manalah tau tetiba komputer hang ke, power failure ke, at least kerja dah save..sebabnya ArcMap ni bukannya ada fungsi Autosave macam microsoft word, powerpoint or seumpamanya.
Bila semua kerja-kerja edit dah selesai dan dah save, tamatkan proses edit dengan klik Editor > Stop Editing di Editor Toolbar.



OK, selesai satu proses workflow edit.  Harap membantu untuk anda yang baru nak start belajar edit data ni.

No comments:

Post a Comment