Sunday, 22 October 2017

4 Tips Menyediakan Fail MXD Untuk Tujuan Demo/Presentation

Anda nak present final project kat lecturer menggunakan ArcMap? Kena present progress projek kat client? Kena demo projek kat seminar? Selalunya bila nak present atau demo guna ArcMap ni, anda akan readykan dulu semuanya dalam satu MXD fail kan? Takkan bila time demo baru anda nak masukkan data satu persatu..ye tak? Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan dalam menyediakan MXD fail supaya presentation anda menjadi lebih menarik dan mudah difahami audience.

1) Hasilkan paparan peta yang cantik

Lazimnya peta yang cantik akan menarik dan menangkap perhatian audience untuk menatap peta anda, seterusnya akan memberi perhatian pada presentation anda. Cantik di sini bermaksud pemilihan warna simbol yang menarik, saiz label teks yang bersesuaian dan lain-lain. Kalau peta anda nampak suram saja, lama-lama mata audience pun akan kuyu. Cuba lihat peta A dan B kat bawah ni, yang mana lebih menarik? Nampak macam peta B lebih menarik. Penggunaan simbol pada peta B lebih jelas, saiz teks label yang sedang-sedang, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, ditambah pula dengan penggunaan layer hillshading yang menampakkan effect 3D.



Pastikan juga warna simbol yang anda pilih tidak mengelirukan audience anda. Contohnya dalam penghasilan peta cerun, lazimnya kawasan berkecerunan tinggi digambarkan simbol warna merah manakala berkecerunan landai digambarkan simbol warna hijau. Kalau anda pilih warna yang terbalik, audience akan salah tafsir peta anda.

2) Pastikan Table of Contents (TOC) Jelas dan Tersusun

Walaupun kadangkala anda rasa part ni tak berapa penting (asalkan anda sorang je tahu dah cukup sebab anda yang akan on/off layer kat TOC tu masa demo), tapi kadangkala audience juga nak rujuk apa layer yang anda letakkan di TOC tu. Jadi, pastikan layer-layer yang anda letak dalam TOC tu teksnya jelas dan susunannya teratur. Namakan layer anda mengikut kesesuaian apa maklumat yang nak digambarkan pada layer tersebut. Contohnya jika anda paparkan layer dari shapefile landuse.shp yang menggambarkan pecahan simbol kategori zon gunatanah, adalah lebih elok anda namakan layer tu dalam TOC sebagai “Zon Gunatanah” berbanding nama “landuse.shp”.. seperti gambar B di bawah.



Jika senarai layer dalam TOC anda boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan data, anda juga boleh gunakan teknik Group Layer supaya susunan layer dalam TOC nampak lebih kemas. Topik berkenaan Group Layer ada saya bincangkan di link sini.



Cuba elakkan juga menggunakan nama default physical layer di dalam TOC kerana ia mungkin menyukarkan audience memahami apa maksud data yang dipaparkan.  Sebaiknya rename semula nama layer tu mengikut kesesuaian data bila anda dah masukkan ke dalam TOC. Saya bagi contoh..   antara nama  “LocAuthArea” dan “Local Authority Area”, yang mana satu lebih mudah anda faham?   Antara nama “DistCovAdmin” dan “District Coverage Administrative”, yang mana satu lebih mudah anda faham?  So..fikirkan nama layer yang sesuai dalam TOC supaya memudahkan audience memahami data anda.



3) Papar Data Mengikut Skala Bersesuaian

Kadangkala jika semua maklumat anda nak paparkan, peta anda jadi terlalu padat atau crowded dan mengganggu visual antara satu layer dengan layer yang lain. Contohnya, bayangkan anda papar polygon lot atau garis kontur keseluruhan extent Selangor. Atau bayangkan anda papar garisan sungai pada extent skala yang tak bersesuaian sehingga garis sungai pun jadi terlalu padat kerana terlalu rapat antara satu sama lain. Ni semua akan menyukarkan audience untuk membaca dan mentafsir peta anda.



Paparan teks label pada skala yang tak sesuai pula akan mengelirukan audience untuk menentukan apa sebenarnya yang anda nak labelkan. Contohnya cuba lihat peta di bawah ni. 



Terdapat paparan label nama sungai, tapi disebabkan garis sungai pun terlalu padat pada extent tersebut, macamana audience nak tahu setiap label teks nama sungai tu merujuk pada garis sungai yang mana satu, sebab garisan sungai yang terlalu rapat.
Cara yang terbaik ialah kawal paparan feature dan label teks pada layer menggunakan teknik Scale Dependent Display. Teknik ni ada saya sentuh dalam topik "Tips Jadikan Paparan ArcMap Pantas" di link sini. Sekiranya anda ada banyak layer yang taburannya padat, anda perlu plan pada skala berapakah yang anda nak paparkan untuk setiap layer, begitu juga dengan paparan label. 



4) Gunakan Bookmark

Readykan setiap kawasan yang anda nak highlight di dalam presentation atau demo anda di dalam satu Bookmark. Ini nak mengelakkan anda lupa atau tercari-cari kawasan yang anda nak tunjukkan semasa presentation nanti. Maklumlah, tetiba datang time gelabah atau nervous masa present, mulalah dah lupa apa nak tunjukkan. Audience selalunya tak suka tertunggu-tunggu. At least bila semua dah tersusun dalam Bookmark, presentation anda akan jadi lebih smooth dan kuranglah sikit perasaan panik anda tu..haha. 



Penerangan lanjut tentang Bookmark dan cara macamana nak create Bookmark ni ada saya ceritakan di link sini.

OK selebihnya tu bergantung pada skill anda lah macamana anda nak goreng masa present. Jangan sampai hangus berasap sudah. Kadangkala tak semestinya semuanya anda kena present guna ArcMap, mungkin anda boleh kombinasikan bersama powerpoint slide presentation, mengikut kreativiti anda. 

Harap-harap tips yang saya kongsikan ni memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a comment