Sunday 27 May 2012

Kartografi : Berkongsi Fail Simbol

Topik kali ini adalah lanjutan dari post saya sebelum ini Custom Symbology. Dalam topik sebelum ini saya ada menerangkan beberapa tips untuk customise simbol-simbol yang kita kehendaki. Ok sekarang fikirkan senario ini. Katalah jabatan anda merancang untuk membangunkan standard di dalam penggunaan simbol-simbol untuk membuat peta. Mungkin setup di jabatan anda terdiri dari beberapa PC ArcGIS di Ibu Pejabat dan mungkin juga di pejabat negeri. Atau mungkin di universiti anda mempunyai GIS lab yang mengandungi beberapa PC ArcGIS. Sekiranya anda telah membina beberapa set simbol untuk kegunaan anda sendiri di Ibu Pejabat, bagaimana pula nak share simbol tu pada kawan-kawan anda yang lain di pejabat negeri supaya mereka boleh menggunakan standard simbol yang sama?


Senang saja, saya akan terangkan di dalam topik ini. Gambar di bawah adalah contoh beberapa simbol yang saya paparkan menggunakan Style Manager di dalam ArcMap. Asalnya simbol-simbol ini saya bina menggunakan Font Creator. Ingat lagi software ni? Saya ada ceritakan di dalam post sebelum ini.


Nampak macam banyak juga simbol-simbol yang saya dah buat tu. Ada simbol polygon kelapa, kelapa sawit, koko, kopi, lada dan lain-lain. Itu baru Fill Symbols untuk polygon, belum lagi simbol-simbol untuk point dan line. Simbol-simbol ini hanya terdapat di dalam PC ArcGIS saya bila saya open ArcMap. Bila kawan saya open ArcMap di dalam PC atau laptop dia, tak nampak pun simbol-simbol tu. So macamana nak kongsi simbol-simbol ni?

Jawapannya gunakan kaedah Styles di dalam ArcMap. Styles adalah satu kaedah untuk menyimpan dan menstandardkan simbol dan komponen peta (scale bar, north arrow, text label etc) dan seterusnya dikongsi kepada pelbagai pengguna yang menggunakan ArcGIS Desktop. 

Bagaimana pula untuk membina Styles ini? Anda hanya perlu klik menu Customize > Style Manager. Kemudian klik butang Styles. Bila dah keluar tetingkap Style Referrences tu, klik pulak butang Create New Style. Lepas tu namakan fail anda. Nanti anda akan lihat fail extension .style akan dibina di dalam folder yang anda telah pilih dan secara automatik terus dimasukkan ke dalam senarai Style Manager anda. Dalam contoh ini, saya menamakan fail style saya sebagai SPR.style (perhatikan tetingkap Style Manager di bawah)

Fail style yang anda baru bina tu masih kosong, tidak mempunyai apa-apa simbol lagi. Untuk memasukkan simbol-simbol custom yang telah anda bina tu simple je, anda hanya perlu copy dan paste masuk ke dalam folder Fill Symbols, Line Symbols atau Marker Symbols.
                                                                      
                          
OK, so bila anda sudah selesai masukkan semua simbol-simbol tu ke dalam fail style anda, anda hanya perlu copykan fail .style tadi masuk ke dalam PC kawan anda.  Sekiranya anda customise simbol tu menggunakan teknik simbol font (menggunakan Font Creator), fail font tersebut (.ttf) perlu juga anda copy dan masukkan ke dalam PC kawan anda, seterusnya install font tersebut ke dalam sistem operasi Windows PC kawan anda tadi. Kemudian setkan ArcMap pada PC kawan anda tu untuk baca fail .style tadi. Caranya, klik butang Add Style to List dan pilih fail .style yang telah anda copykan tadi.


Mudah sahaja kan? Selamat mencuba...


2 comments:

  1. boleh share style tak....?? ke kena bayo...?? ngeh ngeh

    ReplyDelete