Thursday 24 May 2012

Mengintegrasi Data Excel ke dalam ArcGIS

Ok.. kali saya gunakan bahasa yg lebih santai..hehe.. saya percaya mungkin ada daripada anda semua yang menghadapi situasi ini. Anda dah ada beberapa data, dengan koordinat sekali.. tapi data tu dalam format Microsoft Excel la pulak. Hmm macamana nak intergrate data tu dengan ArcGIS ye? Takkan nak key-in semula data tu dalam ArcGIS? Kalau takat 10 rekod ok le, tapi kalau berpuluh-puluh rekod, beratus-ratus rekod, jenuh juga nak key-in semula tu. Jangan risau, penyelesaiannya mudah sahaja. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah pastikan struktur format data di dalam Excel anda memenuhi spesifikasi yang diperlukan supaya boleh di baca oleh ArcGIS.

Antara perkara yang perlu anda semak adalah :-

1) pastikan baris pertama di dalam data anda hanya mengandungi column fieldname.

Ini bermakna sekiranya pada baris pertama di dalam fail Excel anda mengandungi baris kosong atau header Tajuk, anda perlu delete dulu baris tersebut. Ini kerana ArcGIS akan menganggap baris pertama pada fail anda sebagai fieldname di dalam table. Untuk memudahkan pemahaman anda, perhatikan contoh fail Excel di bawah. Baris 1 dan 2 terdiri dari ruang kosong manakala baris 3 mengandungi header tajuk. Ketiga-tiga baris ini perlu di delete terlebih dahulu. Ini bermaksud baris 4 perlu dianjakkan kepada baris 1.


2) Sekiranya data anda mengandungi senarai koordinat, pastikan sistem koordinat apakah yg digunakan dan koordinat x,y perlu diasingkan ke column yg berlainan. 


Dalam contoh fail Excel di atas, nilai koordinat latitud longitud digabungkan di dalam column yang sama (column GPS) manakala formatnya pula tidak seragam. Ada yang dalam format DMS, ada pula yang dalam DD. Hmmmm parah juga ni.

Sekiranya anda ingin plot koordinat ini di atas peta, ada dua perkara yang perlu anda lakukan. Pertama, anda perlu asingkan kepada column yang berlainan (column latitude, column longitude). Kedua, anda perlu tukarkan nilai koordinat tersebut kepada format darjah perpuluhan (decimal degree). Perhatikan contoh fail Excel di bawah. Format dan strukturnya telah diubahsuai, baris pertama terdiri dari senarai nama field, dan ditambah pula column X dan Y yang menyimpan koordinat darjah perpuluhan. Bila dah ready struktur sebegini, barulah boleh anda proceed ke step seterusnya.


Next, masukkan fail Excel tadi ke dalam ArcMap. Sekiranya fail Excel anda ada banyak Sheet, anda perlu memilih Sheet yang mengandungi data yang ingin anda plotkan.

Setelah itu, cuba anda buka table Excel tu di dalam ArcMap. Nampak macam sama sahaja bukan? Yang bezanya adalah sekarang fail tu dipaparkan di dalam ArcMap.



OK, oleh kerana data anda tu mengandungi koordinat XY, macamana anda nak paparkan lokasi point tersebut di atas peta? Simple je, daripada ruangan TOC ArcMap, right click Sheet Excel anda dan daripada pop-up menu tu, pilih sahaja Display XY Data...


Anda akan melihat tetingkap seperti di bawah. Pastikan anda memilih field yang betul untuk ruangan X dan Y. Kalau tersilap pilih, tonggang terbalik ler kedudukan point anda nanti. Pastikan juga anda setkan Coordinate System yang digunakan di dalam ruangan Coordinat System of Input Coordinates tu.


Contoh output adalah seperti di bawah (yang point simbol bintang2 tu). Data tu saya overlay kan pula dengan basemap sempadan negeri dan daerah supaya saya boleh verify setiap point tu jatuh di daerah mana.


OK selamat mencuba.....


14 comments:

  1. bagaimana untuk tukar to decimal point

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar ke darjah perpuluhan formulanya :

      Darjah + Minit/60 + Saat/3600

      Delete
  2. maknanya, sy kena convert manually la...kalau data tu ada beribu2...ada x cara yg cepat utk dpt value tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau format field dalam data tu sume standard n seragam, ada cara nak automate calculation tu, tak perlu manually satu persatu convert. Depend pada mcmana format source data.

      Delete
  3. tumpang tanya. skang saya ada .xml file
    macam mane nak bkak file ni dlam arcgis ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fail .xml kita boleh preview content dia dalam metadata tab (version 9.x) atau description tab (version 10.x) dalam arccatalog

      Delete
    2. Mmtak maaf. Saya ni baru belajar arcgis ni. Tak berapa faham lagi. Sekarang ni saya ada file .xml. Fail ni adalah area kawasan kajian. Jadi sekarang saya nak buka fail ni, so saya boleh lihat di mana kawasan kajian tu..

      Delete
    3. betul ke file xml? dari mana sumber dapat fail tu?

      Delete
    4. yup. file xml. boleh saya dapatkan email tuan. nanti saya private message..

      Delete
    5. Email sy ada di profile blog tu..

      Delete
  4. maaf, saya ada maslah untuk keluaran excel ke arcmap. bole guide saya untuk selesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu version arcgis dan version excel yg digunakan?

      Delete
    2. cuba save excel tu kepada format excel 97-2003

      Delete