Friday 18 May 2012

Pengenalan ArcGIS

Hmmmm... masih ada yang keliru berkenaan ArcGIS. Ada yang menganggap ArcGIS itu sendiri adalah satu perisian GIS. Ada yang menganggap ArcGIS, ArcInfo dan ArcView adalah perisian yang berbeza. Kdg2 saya tanya pengguna ."perisian apa yang anda gunakan, ArcGIS kah?" Jawapan yang diberikan "bukan, saya menggunakan ArcView".. hehe


Sebenarnya ianya bergantung kepada versi perisian yang anda gunakan. Sekiranya versi ArcView anda adalah versi 9.x atau 10.x, maka jawapannya adalah ArcGIS ArcView. Sekiranya versi ArcView anda 2.x atau 3.x, maka bukanlah ArcGIS, ianya memang totally ArcView.


Sebenarnya ArcGIS adalah satu family product yang mana di dalamnya terkandung pelbagai produk perisian dan aplikasi. Ianya boleh dikategori kepada produk kategori client dan juga kategori server. Sebagai contoh di dalam kategori client, terdapat perisian kategori Desktop yang terbahagi kepada tiga produk utama iaitu ArcInfo, ArcEditor dan ArcView. Kategori produk ini dipanggil juga sebagai ArcGIS for Desktop. Di dalam version 10 terdapat  sedikit perubahan pada nama produk ni. Rujuk gambar di bawah untuk perubahan nama produk desktop version 10.




Untuk perbezaan terperinci keupayaan setiap kategori produk tu, bolehlah rujuk di sini.


Sekiranya anda berminat untuk berkongsi data2 anda ke internet, produk kategori server seperti ArcGIS for Server boleh digunakan.

33 comments:

  1. nk tanye.. taw x macam mane nk buat topology? n boleh x bagi step by step ney?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok saya dah masukkan step2 cmne nak buat topology tu dlm post geodatabase topology... bule le check tengok...

      Delete
    2. Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK Ea

      Delete
  2. nk buat topology ada 2 syarat :
    i) data kena dlm format geodatabase dulu
    ii) data mesti diletakkan dalam Feature Dataset di dalam geodatabase

    pastu gunakan arccatalog utk create topology rules. Selepas create topology rules tu, masukkan rules tu dalam arcmap dan gunakan topology tools dlm arcmap utk validate dan edit. InsyaAllah saya akan masukkan topik ni dalam next post...

    ReplyDelete
  3. Salam..sy nak bertnya bagaimanakah caranya untuk membina arcgis server

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...

      pertamanya kena install dulu arcgis server. ArcGIS Svr ni ada 3 edition :
      i) Basic (hanya ada SDE, lebih pada central database management)
      ii) Standard (kalau plan nak wat web mapping)
      iii) Advanced (ada advance geoprocessing)

      Better ada dedicated server utk install arcgis svr ni, kemudian kalau plan nak wat web mapping, map tu kita bule trus publish dari fail MXD arcmap. Dari segi customize interface, bule guna java atau .NET.. Tapi arcgis svr pun dah ada ready template, means klu xde skill programming pun dah bule publish data ke WEB

      TQ

      Delete
  4. salam..boleh x nk tnye ckit...macam mana nk menentukan kesan kualiti air sungai terhadap guna tanah menggunakan AcrGIS..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... saya x brape clear dgn soalan anda. Yg saya tahu jaringan sungai berkait rapat dgn sempadan lembangan sungai. Jadi jika kita tahu kualiti indeks sesuatu sungai, kita boleh linkkan dgn boundary lembangan utk mendapat gambaran indeks mengikut kawasan (polygon), seterusnya kita boleh gunakan maklumat ni utk overlay dgn data landuse bg mendapatkan statistik zon landuse yg termasuk dlm polygon indeks td.

      Delete
  5. saya xthu apa2 sal GIS...tp sy kna buat projek sal aplikasi Gis dlam menentukan kesan kualiti air sungai terhadap guna tanah...saya nk thu data apa yg perlu ada dan bgaimana nk analisis.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe boleh email saya utk perbincangan lanjut..

      Delete
  6. salam....saya nak tya tentang tool hidrology dalam arcGIS....bagaimana untuk menggunakannya, dan data dalam bentuk bagaimana perlu ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... hydrology tools dalam ArcGIS terletak dlm toolbox Spatial Analyst dlm Arctoolbox. Nak guna tool tu perlu ada extension Spatial Analyst dulu. Data yg perlu ada ialah hydrological surface i.e DEM.

      Delete
    2. ape yang dimaksudkan dengan extension spatial analyst? minta maaf saya kurang paham

      Delete
    3. extension tu lebih kurang extra modul..so kena ada additional license & cost. Kalau kita install arcgis desktop, nanti ada option utk kita install extension, ada mcm2 extension, antaranya Spatial Analyst. Tapi kalau kita tak purchase license utk Spatial Analyst tu, kita tak boleh guna extension tu. Bila dah install extension tu, baru kita boleh gunakan tool hydrology analysis tu

      Delete
    4. kita kene purchase license dulu ke baru boleh gune?
      ada x tryel punya?

      Delete
    5. ye..kena purchase license dulu. Ada 60 days trial.. refer link berikut :-

      http://www.esri.com/software/arcgis/arcgis-for-desktop/free-trial

      Delete
  7. salam
    saya ingin bertanya
    adakah terdapat model keseimbangan air dalam tool arcGIS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... saya kurang pasti apakah yg dimaksudkan model keseimbangan air. Adakah hydrological modeling?

      Delete
    2. sy ingin mengetahui adakah dlm tool arcgis yang menggunakan kadar alir sungai untuk mendapatkan limpahan sesuatu sungai ?

      Delete
    3. nampak lebih kpd modeling punya analisis. Dalam spatial analyst & 3d analyst, once kita dah ada surface DEM, kita boleh dapatkan surface yg diliputi air dgn analisis query based on nilai ketinggian air yg kita tentukan.Kalau kita ada data surface yg lebih detail seperti data LIDAR, trdapat analysis yg membolehkan kita jana kwsan floodplain dari data LIDAR tu.. rujuk pada link ni.. http://resources.arcgis.com/en/help/main/10.1/index.html#//015w00000062000000

      Delete
  8. salam...... boleh saya tahu magaimana hendak tukar countor kepada bentuk DEM

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. untuk tukar contour ke DEM gunakan command Createtin. Daripada TIN surface tu nanti boleh lah convert ke raster DEM.

      Delete
  9. salam...macam mana nk tukar koordinat WGS84 ke RSO..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... rujuk pada post saya http://sukagis.blogspot.com/2012/10/menukar-sistem-koordinat-rso-wgs84.html

      Delete
  10. Salam... boleh buat kursus utk arcGis x??

    ReplyDelete
  11. Salam, sy skadar ingin mmta pendapt mgnai analysis yg akn sy gunakn tuk prjek sy iaitu 3D analysis dan buffering tuk tahu kadar pencemaran sungai dan puncanya..sy hnya ada data.contour,sungai,water sampling dan lot kwasan..slain drpd analysis tu ade x lg analysis yg boleh sy gunakn.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam
    boleh x saya nk buat 3d building gune koordinat wgs 84? sb kawan saya cakap nk buat 3d kena guna koordinat mrso dan ada nilai kontur

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... kebiasaannya kalau kita generate 3d surface based on data projected coord system dan bukannya geographic coord system.

      Delete
  14. Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Suka Gis: Pengenalan Arcgis >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK sf

    ReplyDelete