Friday 18 May 2012

Pengenalan GIS

GIS, Geographical Information System, Sistem Maklumat Geografi. Banyak definisi yang akan diberikan bila anda google di internet. Walaubagaimanapun, GIS boleh dibahagikan kepada 5 komponen asas iaitu :-

  1. Pengguna (People)
  2. Data
  3. Perkakasan (hardware)
  4. Perisian (Software)
  5. Prosedur


Pengguna merupakan komponen yang paling utama di dalam senarai di atas. Sekiranya unit GIS ingin dibangunkan di dalam sesuatu syarikat, jabatan atau organisasi, perancangan yang teliti dari segi kakitangan2 yang akan terlibat utk menjalankan sistem ini perlu dirancangkan. Ini adalah kerana GIS bukan hanya melibatkan kerja2 mapping sahaja. Perlu difikirkan juga dari segi kakitangan yang akan menjalankan kerja2 cerapan data, analisis, penyelenggaraan data dan lain-lain. Setiap satunya mungkin memerlukan skil dan kepakaran yang berbeza.

Data juga merupakan komponen yang penting. Tanpa data yang sesuai, sesuatu analisis tidak akan dapat dilaksanakan.



Perkakasan yang sesuai perlu digunakan, sebagai contoh pemilihan komputer mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh perisian yang akan digunakan perlulah diambil kira. Sekiranya spesifikasi minima RAM utk perisian ArcGIS Desktop adalah 2GB, tetapi anda menggunakan komputer RAM 512Mb, sudah tentulah anda tidak akan mendapat hasil output yang pantas sekiranya analisis-analisis terperinci ingin dilakukan.

Terdapat pelbagai perisian GIS dipasaran sekarang. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terpulanglah kepada anda untuk menilai yang mana sesuai untuk digunakan mengikut keperluan anda.


9 comments:

  1. salam.
    sy cuma ada imagery data dan scanned data untuk forest owner boundary. bagaimana saya nak combinekan 2 maps ni utuk jadikan 1 map hanya pada specific area of interest shj.

    harap dpt tolong student yg masih terkapai2 belajar gis ni :) hehehe

    -sy bdk baru belajar-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      pertama image yg scanned tu kena georef dlu.. tau tak cmne nak georef? Lepas tu combine bule guna mosaic. Then utk specific area kita boleh clip balik image tu lepas combine. Cara clip byk kaedah, cara mudah kita zoom je area mana kita nak dlm arcmap, pastu export balik jd new image, pilih option current extent..

      Delete
    2. susulan dari reply saya tadi, tp rasanya scanned data & imagery data x sesuai nak combine sbb accuracy brbeza. Maksud combine tu nak merge jd single raster layer ke? Tapi klu nak merge juga bule le guna kaedah mosaic tu, dalam arctoolbox under Data Mangement tools.
      Kalau just nak overlay scanned data tu, just georef saja. Kebetulan saya pun tgh buat skrg ni dgt Jab Forestry Semenanjung nak georef pelan2 lesen balak..

      Delete
  2. salam..saya nak tanya sikit....
    saya nak open file GIS nie...tp knp data ni cuma lot kosong? Cmn nak appear kan dia punya data-data lot, jalan dan yang lain.
    Thanks...harap dapat bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      nak tahu dulu file gis lot tu format apa? shapefile ke? kalau open table dia ada rekod tak?

      Delete
    2. open table ade data...camana nak appear pada shape file tue...?

      Delete
    3. ok... open guna arcmap ke? kalau guna arcmap nak senang check make sure buka new map dan masukkan hanya layer lot tu sahaja. Confirm ke data tu shapefile? Kalau shapefile bila open table dia, kat column belah kiri mesti ada nampak columnname "Shape", kalau takde maknanya dia just table biasa, bukan layer. Kalau dah confirm mmg shapefile tapi data still x kluar, boleh try run "Check Geometry" dalam arctoolbox

      Delete
    4. en. lan boleh tak dapatkan no tel en lan.. kami dah tak boleh nak buka lagi file tu..boleh email isyat.shah@gmail.com data tu comfrm shapefile tapi still kotak2 je.. mahal tu en. lan beli...

      Delete