Thursday 14 June 2012

Mengubahsuai Sistem Koordinat : Kajian Kes - Putrajaya Grid

Apa khabar semua? Hari ni saya dapat panggilan emergency dari seorang sahabat.. kira macam talian hayat ler macam dalam program Who Wants to be a Millionaire tu..hehe.. Sahabat saya tu ada buat kerja-kerja field data collection di kawasan Putrajaya dan sekarang ni data-data tu nak diserahkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Tahukah anda, Perbadanan Putrajaya ni, data-data geospatial diaorg disimpan di dalam custom Cassini coordinate system yang dipanggil Putrajaya Grid. Jadi soalan cepumas daripada sahabat saya tu ialah macamana nak convert data-data yang dah dicerap tu ke dalam Putrajaya Grid? Data-data tu pula sekarang ni di dalam sistem koordinat RSO.

OK, jadi soalan pertama yang saya tanya ialah "client ada bagi tak custom parameter utk koordinat Putrajaya Grid tu?". Jawapannya ada... ok kalau macam tu baru lah boleh saya proceed next step. Sahabat saya tu pun terus email custom parameter lebih kurang macam gambarajah di bawah ni :

Nota : nilai custom parameter 123,456.789 adalah bukan nilai sebenar.

Saya nyatakan nilai custom parameter 123,456.789 di atas tu bukan nilai parameter sebenar sebab saya pun tak pasti adakah pihak Perbadanan membenarkan nilai parameter tu didedahkan kepada umum, so untuk jalan selamat, kita anggapkan sahaja nilai mudah 123,456.789. Apa yang penting  saya nak tunjukkan disini adalah konsep bagaimana nak project data kita kepada custom coordinate system. Dari penerangan rajah di atas, Putrajaya Grid menggunakan sistem koordinat Cassini, tetapi sedikit pengubahsuaian pada parameter False Easting dan False Northing. Nilai False Easting (E Cassini) perlu dianjak (shift) kepada 123,456.789 meter begitu juga dengan False Northing (N Cassini)...dimaklumkan lagi sekali...nilai shift tu bukan nilai sebenar. :D



Ok..sekarang ni macamana nak masukkan nilai shift tu?? Sabar2.. mula-mula masukkan dulu data yang nak convert tu ke dalam ArcMap.



Data yg nak di tukar ke Putrajaya GRID... source dalam RSO
OK, sekarang data dah masuk dlm ArcMap.. next step, setkan koordinat sistem Data Frame sebagai Cassini. Caranya, dari tetingkap Data Frame Properties tu, kat ruangan Select a coordinate system:, klik pada Predefined > Projected Coordinate Systems > National Grids > Malaysia and Singapore > malaysia_cassini_selangor... tapi jangan klik butang OK dahulu.

Kalau anda tak jumpa fail malaysia_cassini_selangor tu, copy paste semua font kuning di bawah ni masuk dalam notepad atau wordpad, kemudian savekan sebagai fail extension .prj (contoh malaysia_cassini_selangor.prj) dan letakkan di dalam folder <Arcgis installation folder>\Desktop10.0\Coordinate Systems\Projected Coordinate Systems\National Grids\Malaysia and Singapore (untuk arcgis version 10). Sesudah copy, ulang step seperti di atas. Anda sepatutnya akan dapat melihat nama fail prj tu dipaparkan dalam senarai Projected coordinate system tu..

PROJCS["Malaysia_Cassini_Selangor",GEOGCS["GCS_Kertau",DATUM["D_Kertau",SPHEROID["Everest_1830_Modified",6377304.063,300.8017]],PRIMEM["Greenwich",0],UNIT["Degree",0.017453292519943295]],PROJECTION["Cassini"],PARAMETER["False_Easting",-21759.43848],PARAMETER["False_Northing",55960.90576],PARAMETER["Central_Meridian",101.5082444],PARAMETER["Scale_Factor",1],PARAMETER["Latitude_Of_Origin",3.680344444],UNIT["Meter",1]]

Ok, sekarang perhatikan semula parameter Cassini di dalam tetingkap Data Frame Properties tu. Dinyatakan disitu nilai False_Easting adalah -21759.438480 manakala False_Northing adalah 55960.905760 (rujuk rajah di bawah).

Kedua-dua nilai False_Easting dan False_Northing ini perlu anda tambahkan nilai shift 123,456,789 supaya masuk ke kedudukan Putrajaya Grid (rujuk pada rajah pertama di atas untuk formula Putrajaya Grid).  Untuk tambah nilai shift tu, anda perlu klik dulu butang Modify di tetingkap Data Frame Properties. Kemudian anda akan dapat dialog Projected Coordinate System Properties seperti di bawah :-


So formula yang anda perlu apply adalah seperti berikut : 
False_Easting : -21759.438480 + 123456.789 = 101697.35052
False_Northing : 55960.90576 + 123456.789 = 179417.69476

Jadi taipkan nilai hasil yang anda dapat tadi di dalam ruangan Value untuk False_Easting dan False_Northing. Kalau anda dah ada nilai parameter shift yang sebenar nanti, anda gantikan sahaja nilai 123456.789 tu kepada nilai parameter sebenar. Hasilnya seperti di bawah :


Anda juga boleh menamakan sistem koordinat yang telah anda ubahsuai kepada nama yang anda kehendaki. Macam contoh rajah di atas tu, saya tukarkan nama sistem koordinat tu kepada Putrajaya Grid di ruangan Name:. Setelah selesai, export data yang nak anda convert tu kepada layer yang baru, tetapi pastikan data yang akan dihasilkan itu menggunakan sistem koordinat yang telah anda ubahsuai pada Data Frame. Caranya, right click pada data yang hendak diconvert, kemudian pilih Data > Export Data .. Pada tetingkap Export Data tu, pastikan anda klik option Use the same coordinate system as : the data frame. Kemudian taipkan nama output  feature class.


Output feature class yang dibina merupakan data baru anda yang menggunakan sistem koordinat Putrajaya Grid. Mudah sahaja kan?


31 comments:

  1. Salam bos klu value false tu - kita tolak la eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... tak semestinya tolak... depend pada apa parameter dia.. kalau parameter dia -ve, kita tolak. Kalau +ve, kita campur...

      Delete
  2. dlm file sy tiada malaysia-casssini_penang..blh bantu? yg ada GDM 2000 pulau pinang dan seberang perai.apa fungsi file ini? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi email? nnt saya attachkan fail prj malaysia cassini penang tu. GDM2000 tu utk datum yg baru yg sedang diimplement oleh jupem skrg. Tapi yg dlm arcgis tu tak complete, kalau nak apply, kena minta 7 parameter conversion dari jupem, lepas tu kena inputkan 7 parameter tu dlm arcgis.

      Delete
  3. email sy mzabidi75@gmail.com

    ReplyDelete
  4. macam mana ya nk convertkan dari .txt to .prj tu? sorry still x bape clear step tu.. mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. step tu cuma utk nak bagi nama projection cassini tu appear dlm dataframe properties. Step dia straightfwd.. copy saje parameter projection (font kuning) mcm kat atas tu, paste terus masuk dlm text editor dan savekan file tu sebagai extension .prj. Kemudian copykan masuk dlm coord system installation folder (kena tau dulu installation folder dlm folder mana). Step ni valid utk v10. Utk 10.1 ada lain skit.

      Delete
  5. Salam... boleh saya dapatkan fail prj malaysia cassini Negeri Sembilan, Melaka, Johor & Pahang? Ini email saya mohdharfizan@gmail.com

    ReplyDelete
  6. ok.. saya sudah dapat.. terima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    1. Artikel yg sangat membantu.
    2. Saya ada baca pos yg lebih terkini pada oktober 2012 -- http://sukagis.blogspot.com/2012/10/menukar-sistem-koordinat-rso-wgs84.html--.
    3. Kenapa yg tu En.Lan tak masukkan cerita pasal parameter ni.
    4. Adakah kaedah yg tu dah cukup ye.Tak ada beza result ke En.Lan?
    5. Saya berurusan dengan JUPEM bagi conversion data. Mereka pasti menekankan kepentingan penggunaan parameter ni. Mintak pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... parameter ni digunakan sbb mmg data2 yg diguna di perbadanan telah distandardkan menggunakan sistem putrajaya grid dimana data tu disimpan dlm Cassini tapi di offset kepada nilai parameter tersebut.

      sesetengah conversion coordinate mungkin perlukan custom parameter utk dimasukkan semasa proses conversion..cthnya conversion ke GDM2000 perlukan 7 parameter dari jupem. Tapi secara general stepnya, conversion dari rso ke wgs84 thru arcgis sudah memadai melalui step yg saya tunjuk tu.

      Delete
    2. Salam En Azlan, saya mengalami masalah berkaitan coordinate conversion daripada MRSO ke Cassini(Old) Johor. Nilai akhir yang saya dpat dpd ArcGIS tak sama mcm pengiraan manual(excel formula) saya. Boleh tak saya tahu fail prj cassini old johor? email saya mfird26@gmail.com

      Delete
    3. waalaikumsalam. Saya telah email ke email add tuan.

      Delete
  9. Salam...
    boleh dapatkan fail prj malaysia cassini Selangor? email saya sahida.anuar@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Saya da dapat...
    terima kasih ye...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam En Azlan, boleh tolong emailkan prj malaysia cassini penang, My email kama.yus77@gmail.com Jazakallahi Khairan

    ReplyDelete
  13. Hi En Azlan, boleh share 7 parameter yg digunakan of GDM2000?

    ReplyDelete
  14. salam tuan
    nak tanya bagaimana nk projek WGS 1984 kepada GDM 2000 Pulau Pinang and Seberang Perai. thanks in advance..

    ni email saya: azizulahmad@gmail.com

    ReplyDelete
  15. salam en. boleh saya bertanya mengenai data saya yg xboleh nk di overlay kn dgn data dari dsm dan dtm? data dari dtm n dsm tersebut dalam projection cassini. data saya dari gps observation yg dlm rso. saya xdpt nk overlay kan data2 tersebut sbb projection yg berlainan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...sepatutnya takde masalah sbb arcgis support on the fly projection. Cuma pastikan kesemua source data dah define spatial reference mengikut source projection yg sepatutnya. dsm dan dtm dlm format apa? tif? arcinfo grid?

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum en, boleh saya dapatkan fail .prj untuk seluruh negeri? Thank you..

    ni email saya, asmaamalina03@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum tuan. Boleh saya dapatkan prj. file utk negeri kedah dan perak. Ini email saya thezubir92@gmail.com . Semoga budi baik tuan dibalas.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, boleh x kongsikan berkaitan dengan definisi koordinat koordinat yang terdapat dalam gis ni

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum tuan, artikel yang sangat2 membantu.
    Boleh saya dapatkan prj. file malaysia cassini bagi negeri Perak, Melaka, Johor dan Kelantan.
    Terima kasih atas jasa baik tuan.

    email saya : liyanamajid389@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan, boleh saya dapatkan fail .prj untuk seluruh negeri Malaysia? Terima Kasih banyak2

    Email: syafiqbinzainon@gmail.com

    ReplyDelete