Saturday 4 March 2017

Geoprocessing Overlay Analysis

Kali ni kita citer bab analisis sikit. Antara analisis yang popular dalam GIS ni ialah analisis geoprocessing Overlay. Rasanya semua orang faham maksud overlay kan? Bila layer-layer GIS kita tindihkan macam kuih lapis tu, tu ler maksud umum GIS overlay. Tapi dalam analisis overlay, kita bukan hanya takat tindihkan or lapiskan layer dalam satu paparan peta, tapi maklumat kesemua layer yang kita tindihkan tu akan digabungkan masuk ke dalam satu layer yang baru.

Contohnya, kalau saya overlay layer sungai yang ada nama sungai dan layer mukim yang ada nama mukim, resultnya saya akan dapat layer sungai yang ada nama sungai dan nama mukim. Lihat gambaran data di bawah. Saya ada 1 layer soil yang ada maklumat siri tanah (soil series) dan 1 layer gunatanah yang ada maklumat gunatanah pertanian.

Dua layer berasingan dan dua maklumat berasingan


Bila saya buat analisis Overlay untuk kedua-dua layer ni, saya akan dapat satu layer baru yang akan mengandungi maklumat gunatanah pertanian di dalam setiap siri tanah.

Analisis Overlay akan menggabungkan maklumat


Apa kelebihannya kalau kita ada gabungan beberapa maklumat ni? Haaa… kelebihannya banyak, antaranya kalau kita buat analisis Query, kita boleh query pelbagai gabungan maklumat. Contohnya saya boleh buat beberapa query berikut :-

  • Tunjukkan di mana lokasi Soil Series = “Serdang-Kedah” tetapi gunatanah pertanian adalah “Getah”.
  • Berapakah keluasan gunatanah pertanian “Kelapa Sawit” yang terletak di dalam Soil Series “Steepland”.


OK nampak tak kelebihan analisis geoprocessing Overlay tu? Sekarang kita citer plak apa kaedah yang kita boleh guna untuk buat overlay ni. Kebiasaanya bila nak buat analisis Overlay ni, kita akan guna dua kaedah; Intersect dan Union. Dua-dua kaedah ni akan gabungkan maklumat semua layer yang kita overlay, tapi perbezaannya ialah extent output yang akan dihasilkan. Nak senang faham, lihat gambaran berikut untuk hasil Intersect.

Hasil extent Intersect


Intersect akan hasilkan extent output kesemua layer yang overlap sahaja. Area yang tidak overlap akan dibuang. Input layer yang boleh ditindihkan ialah layer point, line dan polygon.

Gambar bawah ni pula hasil extent data untuk kaedah Union. Cuba lihat extent data yang dihasilkan.

Hasil extent Union


Union akan mengambilkira kesemua extent input layer yang anda tindihkan. Layer yang anda boleh overlay pula cuma polygon sahaja.

Jadi, nak decide samada nak guna Intersect atau Union bergantung pada macamana output extent yang anda nak create dan jugak apa geometri layer yang anda overlay, point, line or polygon. OK, dah clear sekarang kaedah Intersect dan Union??

Sekarang saya akan buat buat geoprocessing Overlay untuk dua data saya tadi, Soil dan Landuse. Oleh sebab kedua-dua data ni extent dia sama, jadi tak kisah lah saya nak guna Intersect atau Union. Dalam contoh ni, saya akan tunjukkan guna Union. Anda boleh pilih samada nak guna style menu atau toolbox untuk run Union ni. Kalau nak guna style menu, klik je kat menu ArcMap Geoprocessing > Union. Kalau nak guna toolbox plak, klik kat Arctoolbox Analysis Tools > Overlay > Union.



Bila dah kluar dialog Union tu, buat step seperti di bawah ni..



Penerangan gambar :
  1. Masukkan layer-layer yang anda nak overlay dalam Input Features.
  2. Namakan output layer.
  3. Parameter-parameter lain tu optional, boleh abaikan. Klik OK.


Setelah selesai proses Union, bila saya buka table output layer yang dihasilkan, maklumat seperti gambar di bawah dipaparkan dalam table. Perhatikan, maklumat soil series dari layer Soil dan maklumat gunatanah pertanian dari layer Landuse telah digabungkan dalam satu table.

Output layer yang dihasilkan akan menggabungkan maklumat
dari layer yang ditindih.


Bila dah dapat gabungan maklumat dalam table ni, macam-macam analisis lagi boleh saya buat. Selain boleh query pelbagai option atribut, saya boleh juga run analisis Frequency untuk dapatkan jumlah keluasan setiap jenis tanaman di dalam setiap siri tanah, seperti table yang ditunjukkan di bawah ni.



Analisis Frequency ni ada saya sentuh dalam topik sebelum ni, kalau anda terlupa, boleh klik link sini untuk belajar macamana nak buat analisis Frequency.


Harap-harap dah nampak le kelebihan analisis overlay ni ye. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Hello Jika sy mahu overlay data penduduk dengan land use apakah sesuai digunakan?

    ReplyDelete
  2. Data penduduk sy ada kadar pertumbuhan pendudu, dan data guna tanah sy terdiri daripada spt foerest,pertanian, built up area dan lain lain. Sy ingin melihat bagaimana/gambaran kasar perkaitan pertumbuhan penduduk dgn guna tanah.

    ReplyDelete